Idea gila-gila pelajar tahun akhir cipta motorhome dua roda

oleh Mohamad Hanif|
Perkataan motorhome biasanya lebih sinonim dengan penggunaan kenderaan besar seperti lori, bas dan juga van yang telah diubahsuai lengkap dengan katil, dapur dan tandas untuk kegunaan kembara jalanan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, seorang pelajar akhir tahun kursus senibina di California mempunyai idea yang berbeza untuk menjadikan motorhome beliau lain daripada yang lain.

Dengan menggunakan sebuah motosikal Honda CB, Jeremy Carman telah mencurahkan idea bergeliga beliau untuk mentransformasikan kenderaan dua roda menjadi sebuah motorhome dua roda yang digelar MotoHome. 

Rekaan suspensi roda belakang telah dipertingkatkan untuk menampung beban sebuah rumah bergerak seberat 20 kg. 

 

 

Rekaan cangkerang rumah bergerak di belakang yang mungkin diinspirasikan daripada hidupan siput itu mampu memuatkan seorang dewasa dengan selesa (ke?) dengan rekaan yang aerodinamik. 

Walaubagaimanapun, tidak disebut pula bagaimana rekaan cangkerang siput tersebut akan memberi kesan kepada pengendalian sebenar di atas jalan.

Isu yang mungkin timbul ialah bagaimana rekaan topang asal MotoHome itu mampu menampung beban dan menahan tiupan angin ketika Jeremy sedang tidur di dalam cangkerang tersebut. 

Kini, Jeremy sedang mengumpul dana untuk membawa protaip MotoHome itu berkelana merentasi padang pasir, sungai, pantai di Amerika Selatan sejauh 32,000 km sebagai hadiah kepada majlis graduasinya baru-baru ini. 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun syarikat Concorde (bukan kapal terbang ultrasonik) tampil dengan penyelesaian untuk masalah…
Berita Global
Pasangan berada di belakang sebuah motorhome di jalan dua hala ketika sebuah Ferrari merah…
Berita Global
Malah kita juga dapat menyaksikan beberapa pihak sudah pun mula membawa masuk model-model caravan/…