Pasangan berada di belakang sebuah motorhome di jalan dua hala ketika sebuah Ferrari merah menghampiri pada kelajuan tinggi dalam percubaan untuk memintas kedua-dua kenderaan, Oberoi dan motorhome di hadapan.
Rakaman kamera pemuka telah menunjukkan bagaimana Lamborghini Oberoi tiba-tiba meluru keluar dari belakang motorhome tersebut dan memasuki laluan Ferrari yang sedang memotong. Akibat tindakan ini, satu rempuhan besar berlaku di mana motorhome tersebut terbabas dari jalan.
Kereta Ferari merah juga terbalik dan terbakar serta merta dan mengakibatkan warga Switzerland Markus dan Melissa Krautli tidak dapat melarikan diri.
Oberoi dan Joshi walaupuan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pendakwa raya di Cagliari telah membuka kertas penyiasatan dengan tuduhan 'pembunuhan jalan raya berganda', bermakna Oberoi boleh berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun jika didakwa dan didapati bersalah.
Video kemalangan tersebut telah tular dan mendapat litupan pihak media antarabangsa. Video di bawah: