IAM - MIME 2024 : RAIKAN TAHUN KE-20 ANUGERAH MALAYSIAN CAR OF THE YEAR (COTY)

oleh Firdaus Razani|
International Automodified (IAM) and Malaysia International Motor Expo (MIME) edisi tahun 2024 dijadualkan berlangsung pada 8-9 Jun 2024 di Kuala Lumpur Convention Centre.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara ini turut meraikan tahun ke-20 Anugerah Malaysian Car of The Year (COTY) sebagai penghormatan kepada kenderaan baharu terbaik pada tahun 2024.

 

iam

 

IAM Kuala Lumpur akan menjadi pusingan pembukaan untuk IAM dan menjadikan jumlah sebanyak enam lokasi persinggahan antarabangsa pada tahun ini.

Selepas acara di Kuala Lumpur, IAM kemudian akan menuju ke Surabaya, Indonesia pada 20-21 Julai sebelum membuat penampilan sulung di California, Amerika Syarikat pada 24 Ogos.

 

iam

 

Seterusnya, acara ini kembali ke Asia Tenggara di Singapura pada 28-29 September, Jakarta, Indonesia pada 30 November- 1 Disember, seterusnya ke penutup di Bangkok, Thailand pada 7-8 Disember.

IAM dianggap sebagai satu pertunjukan penalaan dan gaya hidup automotif terbesar di Asia Tenggara, menarik ribuan peminat kereta dengan hampir 100 anugerah disampaikan kepada kenderaan terbaik dalam setiap kategori.

Tambahan itu, MIME 2024 turut menampilkan pameran pengeluar peralatan asli (OEM) serta produk dan inovasi terkini dalam industri automotif.

 

iam

 

Selain menjadi sebuah pameran, MIME juga merupakan platform pada pengunjung untuk membuat pembelian dengan pelbagai pilihan produk ditawarkan, termasuk kenderaan elektrik serta model-model lain.

Bagi ulangtahun ke-20 COTY 2024, satu kategori baharu diperkenalkan untuk mengiktiraf pencapaian EV beserta People’s Choice award, yang ditentukan melalui undian dalam talian.

Dengan gabungan acara pameran automotif seperti ini, ia bakal memberi pengalaman menarik kepada pengunjung dan peminat automotif menyaksikan karya inovasi hebat yang dipamerkan.

Pembelian tiket awal boleh dibeli dari pautan ; https://www.ticket2u.com.my/event/34477?r=r124

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang berikut;  

www.internationalautomodified.com 

www.malaysiamotorexpo.com.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Diadakan pertama kali di Malaysia pada tahun 2011, IAM mula bergabung tenaga dengan MIME pada tahun…
Berita Domestik
Acara yang bakal berlangsung pada 19-20 Oktober ini akan mengambil tempat di Dewan Kebudayaan…