IAM - MIME 2023: 300 jentera modifikasi bakal kumpulkan lebih 50,000 HP di bawah satu bumbung

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Para petrolhead tahun ini bakal menyaksikan satu lagi acara pameran terbesar, iaitu IAM - MIME 2023 yang bakal menghimpunkan lebih 300 jentera tumpuan dengan kuasa terkumpul sehingga lebih 50,000 HP!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Diadakan pertama kali di Malaysia pada tahun 2011, IAM mula bergabung tenaga dengan MIME pada tahun 2022 di mana hampir 104,000 pengunjung telah menghadiri acara selama tiga hari yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre.

Acara tahun ini bakal mengambil tempat di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur selama 3 hari bermula 27 hingga 29 Oktober ini.

 

3

 

Dikenali sebagai acara kereta modifikasi dan pertunjukan gaya hidup terbesar di ASEAN, ia bakal menyaksikan kereta terbaik Malaysia yang diubah suai dipamerkan, berkongsi pentas dengan rangkaian luas kereta terbaharu, kenderaan elektrik dan juga 4X4.

Khusus buat para peminat kereta modifikasi, IAM bakal menyediakan hampir 100 anugerah individu untuk kereta terbaik yang dipamerkan dalam 9 kategori utama, iaitu:

  • Distinctive Awards
  • Style Awards
  • Car Audio Awards
  • Performance Awards
  • Disctinctive Build Awards
  • Type Awards
  • Manufacturer Awards
  • Car Club Awards
  • Region Awards

Anugerah tambahan lain termasuklah:

  • Best Interior
  • Wildest Wide Body
  • Killer Kolour
  • Best JDM Modified
  • Best Modified Retro
  • Best Contemporary Classic
  • Best Truck
  • Hottest Engine Bay
  • Best City Car
  • Best Compact Car
  • Best Roadster
  • Best European, Asian, American and Malaysian Modified Car

 

2

 

Antara tumpuan utama tahun ini, kembali untuk mengekalkan gelarannya sebagai The King of International Automodified ialah jentera sarat dengan modifikasi, iaitu Nissan Silvia S15 dengan badan gentian karbon, dikuasakan enjin 6 silinder 2JZ yang menghasilkan 1,000 HP!

Selain jentera-jentera modifikasi, penganjuran bersama MIME juga bakal menyaksikan Pesta Kenderaan Elektrik (EV), yang memaparkan pelbagai janis EV dengan julat harga antara RM100,000 hingga RM500,000.

Pengunjung juga berpeluang untuk memandu uji pelbagai jenis EV terbaharu, bagi membolehkan mereka merasai sendiri pengalaman dan kelebihan setiap EV.

 

4

 

Selain pameran beratus kereta modifikasi dan EV,  IAM - MIME 2023 juga bakal menampilkan pelbagai tarikan menarik seperti perlumbaan simulasi, pameran RC, festival muzik dan pelbagai hadiah untuk pengunjung.

Tiket pra-jualan kini boleh didapati pada harga RM22 sehari, yang boleh dibeli di laman web Malaysia Motor Expo dan boleg dibeli secara walk-in di kaunter pada harga RM30.

Kemasukan untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun adalah percuma (bersama pengawasan seorang dewasa).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Disokong oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), acara tersebut bakal…
Berita Domestik
Acara yang akan berlangsung pada 19-20 Oktober di Dewan Penampang, Kota Kinabalu Sabah ini akan…