Acara Malaysia Autoshow 'serang' Sabah Oktober ini

oleh Mohamad Hanif|
Buat kali pertama sejak penganjuran program yang pertama pada tahun 2015, Malaysia Autoshow kini diperluaskan pengaruhnya untuk rakyat Malaysia di Sabah.

Acara yang bakal berlangsung pada 19-20 Oktober ini akan mengambil tempat di Dewan Kebudayaan Penampang, Kota Kinabalu Sabah. 

Malaysia Autoshow edisi Sabah bakal meneruskan tradisi memperkenalkan kenderaan terkini di dalam pasaran, namun lebih memfokuskan kepada kemajuan di dalam teknologi, keselamatan dan keselesaan kenderaan yang dijual di dalam pasaran Malaysia. 
 


Menurut Dato' Madani Sahari, CEO MARii ketika sidang media berkata, "Malaysia Autoshow 2019 Sabah akan mencipta satu platform buat orang Sabah mendapatkan akses secara terus kepada kemajuan terkini di dalam industri automotif tempatan. 

"Sama seperti acara tahunan di Kuala Lumpur, Malaysia Autoshow 2019 Sabah juga akan menampilkan pelbagai pameran dan aktiviti yang menarik untuk seisi keluarga, direka khas untuk warga Sabah!" jelasnya. 

 


Antara acara menarik yang bakal menanti para pengunjung bulan Oktober ini:

  • Sesi pandu uji kenderaan model terkini di dalam laluan berjarak 1 km
  • Sesi pandu uji off-road khas untuk SUV
  • Merasai sendiri ciri terkini yang ada pada kereta seperti Advanced Driver Assistance System (ADAS) yang merangkumi brek kecemasan autonomi, sistem pemantauan titik buta dan amaran keluar laluan. 
  • Dyno Challenge - sesi dyno buat kenderaan pacuan empat roda
  • Sesi pameran dan klinik khas daripada kelab 4x4 terkemuka Sabah seperti Sabah Toyota BJ40 Club dan Sabah Land Rover Club
  • Pameran kereta modifikasi daripada IAM Sabah

Seperti biasa, tiada sebarang bayaran kemasukan dikenakan.  

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dikatakan ia merupakan unit yang pertama kali dipamerkan selain daripada Jepun (dan benua Asia…
Pelancaran
Perodua Bezza Limited Edition akhirnya didedahkan secara rasmi pada hari pembukaan acara Malaysia…
Berita Domestik
Menerusi satu pemberitahuan, Perodua mengumumkan akan memperkenalkan sedan Bezza edisi terhad pada…