Hyundai Veloster N 2020 rasmi dilancarkan - transmisi DCT, 275 hp, 377 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah memperlihatkan teaser pendek, Hyundai akhirnya melancarkan secara rasmi model hot hatch Veloster N 2020 yang telah dipertingkatkan, dan kini ditawarkan dalam transmisi klac berkembar DCT sebagai tambahan kepada versi manual sedia ada.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan penggunaan transmisi DCT lapan nisbah kelajuan ini, Hyundai mendakwa ia mampu meningkatkan angka daya kilas daripada 353 Nm kepada angka 377 Nm, manakala kuasa pula kekal sama tidak berubah.

 

 


Ini bermakna, versi standard masih mampu menghamburkan 250 kuasa kuda, namun versi Performance Package pula tampil dengan kuasa 275 hp yang memacu roda hadapan.

Menurut Hyundai, peningkatkan daya kilas ini hadir daripada teknologi N Grin Shift (NGS) yang mampu membenarkan overboost turbo dan memaksimumkan respon transmisi untuk tempoh 20 saat.

 


Selain daripada itu, transmisi baharu ini juga dilengkapkan dengan N Power Shift (NPS) dan N Track Sense Shift (NTS) di mana kedua-duanya mampu mengawal penukaran gear bergantung kepada situasi pemanduan semasa.

Kesemua ciri di atas boleh diakses menerusi paparan sistem infotainmen bersaiz 8 inci dengan sistem audio keliling JBL.
 


Selain daripada itu, Hyundai Veloster N juga ditawarkan dengan pilihan naiktaraf kepada tempat duduk N Light Sports Bucket Seats yang lebih ringan 2 kilogram serta didatangkan dengan logo beriluminasi pada bahagian atas backrest.

Hyundai Veloster N akan mula dijual pada bulan April ini di Korea Selatan dan diikuti oleh pasaran lain.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut penerbitan Korea Selatan, Hankyung, Hyundai Motor Company akan menghentikan terus produksi…
Berita Global
Ini bermakna, varian-varian standard seperti 2.0, 2.0 Premium, R-Spec, Turbo dan Ultimate tidak…
Berita Global
Namun, model yang ditawarkan pada masa ini hanyalah dihadkan kepada model bertransmisi manual enam…