VIDEO: Hyundai dedah teaser Veloster N dengan transmisi DCT (dan paddle shifter!)

oleh Mohamad Hanif|
Bagi sesetengah pasaran di dunia, para peminat subjenama Hyundai N kini boleh menetapkan spesifikasi serta trim yang bersesuaian untuk model hot hatch Hyundai Veloster N.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, model yang ditawarkan pada masa ini hanyalah dihadkan kepada model bertransmisi manual enam nisbah kelajuan sahaja.

Jadi, untuk apakah teaser yang dibawakan oleh Hyundai kali ini?

 


Ia merupakan video khusus bagi mempromosikan Hyundai Veloster N yang kini ditawarkan dalam varian transmisi klac berkembar atau DCT dalam masa terdekat.

Malah, dalam saat awal video berdurasi suku minit itu, pemandu Hyundai Veloster N dilihat menukar gear menggunakan paddle shifter di sebalik stereng, menandakan bahawa ia benar-benar varian Hyundai Veloster N dengan transmisi DCT.

 


Cakap-cakap berkenaan Hyundai Veloster N dengan transmisi DCT sudah pun didengari semenjak tahun 2018, malah ia juga turut dibuktikan menerusi ujian di Litar Nurburgring, di mana lampu undur hot hatch itu menyala seketika sebelum memulakan pemanduan.

Ini merupakan tanda kecil bahawa Hyundai Veloster N sedang diuji dengan transmisi automatik (DCT).

Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang tarikh bilakah Hyundai akan memperkenalkan secara rasmi model hot hatch dengan transmisi DCT ini.

 

Hmm, Lazat!

Sumber gambar: Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
Samalah juga halnya dengan Porsche Macan EV yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, di mana…
Berita Global
Berdasarkan gambar yang sengaja digelapkan itu, terdapat beberapa petunjuk yang boleh dijadikan…
Berita Global
Difahamkan, 5 Series Touring boleh didapati secara eksklusif di pasaran Eropah, Jepun dan Taiwan…