Tidak laku, Hyundai hentikan penawaran Veloster di Amerika Syarikat

oleh Mohamad Hanif|
Mengikut jejak langkah Volkswagen, Hyundai akhirnya membuat keputusan untuk menghentikan penawaran model Veloster untuk pasaran Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini bermakna, varian-varian standard seperti 2.0, 2.0 Premium, R-Spec, Turbo dan Ultimate tidak lagi ditawarkan kepada umum, namun Hyundai masih mengekalkan penawaran varian Veloster N untuk model tahun 2022.

Pengumuman tersebut merupakan lanjutan kepada laporan terdahulu di mana Hyundai 'terpaksa' membayar para pengedar untuk mengosongkan inventori Veloster sedia ada disebabkan ia kurang mendapat sambutan.

 


Ini bermakna, pengguna hanya boleh mendapatkan Veloster N yang didatangkan dengan enjin 2.0 liter turbo yang menghasilkan 278 hp dan 353 Nm, dan untuk model tahun 2021 ia mendapat kotak gear baharu klac berkembar tujuh kelajuan disamping kotak gear manual standard.

Volkswagen sebelum ini mengumumkan penawaran model-model Golf standard untuk pasaran US, dan hanya akan menjual model-model hot hatch seperti Golf GTI dan Golf R sahaja.

Adakah ini bermakna jangka hayat Veloster bakal berakhir tidak lama lagi?

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut penerbitan Korea Selatan, Hankyung, Hyundai Motor Company akan menghentikan terus produksi…
Berita Global
Dengan penggunaan transmisi DCT lapan nisbah kelajuan ini, Hyundai mendakwa ia mampu meningkatkan…
Berita Global
Namun, model yang ditawarkan pada masa ini hanyalah dihadkan kepada model bertransmisi manual enam…