Pakej eksklusif tersebut merangkumi penawaran diskaun khas sehingga 25 peratus untuk alat ganti terpilih, diskaun 10 peratus untuk kos buruh, dan pemeriksaan 20 mata secara percuma.
Menurut Low Yuan Lung, Pengarah Urusan HSDM berkata, meskipun mereka telah menghentikan penjualan model hibrid tersebut, ia bukanlah satu peluang untuk terus melupakan para pemilik kenderaan tersebut.

"Hyundai IONIQ mempunyai kumpulan pengguna yang cukup besar di Malaysia, dan kami mahu menunjukkan penghargaan kepada para pelanggan kami dengan menawarkan pakej yang istimewa ini.
"Dalam masa yang sama, kami dapat membantu mereka untuk memeriksa IONIQ di mana ia hanya memerlukan servis berkala setiap 15,000 km atau sekali dalam tempoh sembilan bulan, yang mana tiba dahulu.
Maklumat lanjut berkenaan promosi terbaharu ini atau produk Hyundai yang lain boleh didapati menerusi talian 1300-13-2000 atau laman web www.hyundai.com.my