BMW Group Malaysia umum senarai harga baharu untuk kenderaan BMW & MINI

oleh Mohamad Hanif|
Dalam usaha untuk mempelbagaikan lagi pengalaman pemilikan yang diinginkan oleh para pelanggan, BMW Group Malaysia baru-baru ini mengumumkan senarai harga baharu bagi kenderaan BMW dan MINI.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Struktur harga baharu ini menawarkan harga runcit saranan yang boleh dipadankan dengan Pakej Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun, atau Pakej Servis 5 Tahun/100,000 km.

Para pelanggan juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan pakej Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun beserta Servis Berjadual Percuma seperti yang ditawarkan sebelum ini tanpa kos tambahan.

Selain daripada itu, warga MINIacs juga boleh mendapatkan jentera MINI idaman yang disekalikan dengan pakej Waranti Tanpa Had Perbatuan 4 Tahun beserta Servis Berjadual Percuma pad harga yang sama seperti sebelum ini.

Alternatifnya, pelanggan yang mahu mendapatkan Pakej Waranti Tanpa Had Perbatuan 4 Tahun ataupun Pakej Servis 4 Tahun/60,000 km boleh berbuat demikian pada harga yang lebih menarik.

 


Berikut merupakan contoh perbandingan harga bagi kenderaan BMW dan MINI.

BMW

 

MINI


Senarai penuh harga baharu ini boleh dirujuk pada pautan PDF di bawah:

 

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…