Pakej Servis Khas untuk para pelanggan Hyundai sehingga 30 Julai

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai kini menawarkan pakej servis khas kepada para pelanggan bagi memastikan setiap kenderaan Hyundai benar-benar berada di dalam kondisi yang cemerlang sebelum memulakan perjalanan seharian.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Di bawah kempen terbaharu ini, para pelanggan boleh mendapatkan proses pemerikaan tahap kesihatan kenderaan secara percuma, selain menikmati diskaun 20 peratus ke atas alat ganti tulen serta 10 peratus diskaun kos buruh, serta hadiah percuma dengan setiap perbelanjaan RM300 dan ke atas.

Para pelanggan yang prihatin terhadap kesihatan dan keselamatan boleh memohon perkhidmatan pembasmian kuman pada kereta daripada KLIMA Fresh yang boleh didapati di setiap pusat servis Hyundai yang bertauliah.

Promosi ini terhad sehingga 30 Julai, 2020.

Untuk informasi lanjut berkenaan servis atau menempah slot pandu uji, sila hubungi 1300-13-200, atau mendaftarkan minat di laman web www.hyundai.com.my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pakej servis khas itu merupakan maklum balas kepada Pakej AUTO RAHMAH yang dilancarkan oleh…
Berita Domestik
Pakej eksklusif tersebut merangkumi penawaran diskaun khas sehingga 25 peratus untuk alat ganti…
Berita Domestik
Struktur harga baharu ini menawarkan harga runcit saranan yang boleh dipadankan dengan Pakej…