Perkara tersebut diumumkan menerusi hantaran di laman LinkedIn di mana Sime Darby Hyundai Integrated Sdn Bhd (SHDI) telah menandatangani Persijilan Produksi Massa (Certificate of Mass Production) dengan Inokom Corporation Sdn Bhd untuk memasang model SUV tersebut di Malaysia.

Untuk makluman pembaca Careta, Santa Fe generasi keempat versi facelift sebenarnya telah pun muncul di pasaran global pada 3 Jun 2020 sebagai model tahun 2021.
Disebalik rupa paras yang lebih agresif itu, Santa Fe facelift sebenarnya telah menggunakan platform N3 yang lebih baharu berbanding platform lama yang digunakan oleh model pra-facelift.

Untuk pasaran tempatan, besar kemungkinan Santa Fe facelift ini akan ditawarkan dengan pilihan enjin 2.4 liter petrol (172 PS @ 6,000 rpm, 225 Nm @ 4,000 rpm) atau enjin diesel 2.2 liter CRDi (193 PS @ 3,800 rpm, 440 Nm @ 1,750-2,750 rpm).