Hyundai Santa Fe 2019 - dua pilihan enjin, empat varian (dari RM169,888)

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Hyundai-Sime Darby Motors baru-baru ini, mereka turut memperlihatkan model SUV Hyundai Santa Fe yang baharu sahaja memasuki pasaran Malaysia. 

Hyundai Santa Fe didatangkan dalam empat varian dan dua pilihan enjin; 2.4 liter Theta II MPI (172 PS/225 Nm) yang dipadankan dengan transmisi auto enam nisbah kelajuan, dan enjin diesel 2.2 liter R CRDi (193 PS/440 Nm) dengan transmisi auto lapan nisbah kelajuan. 

Kelaziman industri turut diperlihatkan pada SUV ini menampilkan rekaan lampu dua lapis, terdiri daripada lampu nyalaan siang dan lampu utama LED.
 


Pelbagai ciri telah ditambah kepada varian premium untuk kedua-dua jenis enjin iaitu 

  • Notifikasi Penumpang Belakang
  • Amaran Pelanggaran Titik Buta
  • Amaran Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang
  • Projeksi LED dua fungsi
  • Lampu suluhan dinamik (Dynamic Bending Light)
  • Tempat duduk hadapan boleh laras (10 cara untuk pemandu, 8 cara untuk penumpang hadapan
  • Walk-in Device
  • Trim kulit pada papan pemuka
  • paparan Supervision 7 inci
  • Skrin infotainmen terapung 7 inci (dengan Apple CarPlay dan Android Auto)
  • Power Tailgate
  • Pengecas peranti pintar nirwayar
  • Sensor pengesan hujan
  • Rim 19 inci

Sistem pacuan semua roda dari Hyundai, HTRAC AWD hanya dikhaskan untuk versi diesel, menampilkan sistem mod pemanduan yang mampu memberikan keyakinan kawalan tidak kira apa jua keadaan cuaca. 

Terima kasih kepada sistem klac elektronik pembahagian daya kilas berbilang serta kawalan daya kilas aktif untuk gandar depan dan belakang, ia mempunyai kebolehupayaan pengedaran daya kilas yang lebih meluas berbanding pesaing, sekaligus memberikan lebih pengendalian di dalam pecutan jalan lurus, selekoh berkelajuan sederhana dan tinggi, serta bantuan mula mendaki. 
 


Antara ciri standard yang didatangkan daripada generasi terdahulu termasuklah: 

  • enam beg udara
  • Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC)
  • Pengurusan Kestabilan Kenderaan (VSM)
  • Kawalan Mula Mendaki (HAC)
  • Kawalan Membrek Menuruni Bukit (DBC)
  • sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Sistem Bantuan Brek (BAS)
  • Sistem Kawalan Cengkaman (TCS)

Berikut merupakan harga promosi jualan bagi keempat-empat varian Hyundai Santa Fe

2.4L Theta II MPI Executive - RM169,888
2.4L Theta II MPI Premium - RM189,888
2.2L R CRDi Executive - RM191,888
2.2L R CRDi Premium - RM211,888
 


Setiap pembelian didatangkan dengan servis percuma untuk 50,000 km untuk tiga tahun dan jaminan selama lima tahun atau jarak perbatuan 300,000 km (yang mana terdahulu). 

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi mana-mana pusat pameran Hyundai yang berdekatan atau hubungi talian 1-300-13-2000.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam satu video acah yang dimuatnaik di laman media sosial Facebook, Hyundai bakal membawakan…
Telah Diuji
MPV dikira tidak stylo, nampak terlalu "tua", tidak bergaya dan seolah-olah memberikan imej bahawa…
Pelancaran
Ini kerana di sebalik perubahan yang agak agresif tersebut, Hyundai Santa Fe 2021 sebenarnya…