BMW recall lebih 300 ribu unit kenderaan, Isu pada sistem brek

oleh Firdaus Razani|
Menurut daripada laman BMW Blog, pelanggan BMW di Jerman telah menerima surat panggilan semula bagi kenderaan mereka.

BMW telah memulakan panggilan semula global yang menjejaskan 371,756 kenderaan kerana kerosakan pada sistem brek bersepadu mereka.

Antara model yang terlibat panggilan semula ini adalah 2 Series Active Tourer, X1, X3, X4, X5, X6 dan X7, 5 dan 7 series, serta model M berprestasi tinggi mereka dan kenderaan elektrik seperti iX1, i5 dan i7.

 

bmw

 

Isu tersebut adalah pada sistem brek bersepadu, yang menggunakan actuator elektrik untuk mengekalkan tekanan brek yang konsisten, dan ia memerlukan daya yang tinggi pada pedal semasa brek.

Selain itu, ia juga berpotensi untuk melumpuhkan fungsi kawalan brek kritikal seperti ABS (Sistem Brek Anti-kunci) dan DSC (Kawalan Kestabilan Dinamik).

Disebalik ralat tersebut, tiada insiden kemalangan yang dilaporkan menyebabkan kerosakan harta benda atau kecederaan diri yang dikaitkan dengan masalah ini.

Sistem canggih BMW bukan sahaja memudahkan brek yang konsisten tetapi juga membolehkan pemilik model M melaraskan ciri brek mereka dan selesa untuk kegunaan harian untuk sesi trek.

 

bmw

 

Walau bagaimanapun, ralat yang ditemui telah menjejaskan kelebihan fungsi tersebut dan ia mendorong BMW untuk lakukan panggilan semula segera.

Pemilik kenderaan yang terjejas oleh panggilan semula ini sedang dimaklumkan melalui surat yang menggesa mereka untuk menjadualkan lawatan ke bengkel BMW tempatan mereka.

Di Jerman sahaja, hampir 47,000 pemilik kenderaan telah dihubungi.

Punca kerosakan telah dikesan yang berkemungkinan gangguan isyarat dalam penderia kedudukan enjin, yang boleh menyebabkan kegagalan dalam sokongan daya brek hidraulik.

Sebagai pembaikpulihan, BMW telah komited untuk menggantikan sistem brek bersepadu dalam semua kenderaan yang terjejas.

 

Baca penuh di BMW Blog

Berita Berkenaan

Berita Global
Media Jerman Handelsblatt melaporkan bahawa pembuat bateri lithium-ion Sweden itu tidak dapat…
Berita Global
  Apa yang terhad pada sedan, coupé dan hatchback menjadi bebas pada SUV. Terbaru BMW…
Berita Global
  Angka itu 20 hp lebih tinggi termasuk M2 dengan kotak gear enam kelajuan manual yang…