Honda recall hampir 200 ribu unit Ridgelines, Isu kamera pandangan belakang

oleh Firdaus Razani|
Honda telah mengumumkan bahawa ia akan menarik balik 187,000 unit model trak pikap Ridgelines yang dibina antara 2020 dan 2024 kerana wire harness yang risiko gagal dan menghalang kamera pandang belakang daripada dipaparkan.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Isu yang sama pernah berlaku menyebabkan panggilan semula pada 2022 untuk model Ridgelines tahun 2017 hingga 2019.

Model tersebut diberikan wire harness yang dikemas kini, tetapi masalahnya memberi kesan kepada julat tahun model yang lebih besar daripada yang dipanggil semula.

Bahagian yang dipanggil semula ketika ini dan bahagian yang dipanggil semula sebelum ini mempunyai nombor yang berasingan, ia menunjukkan bahawa apa-apa perubahan yang dilakukan oleh Honda selama ini tidak menyelesaikan masalah tersebut.

 

honda

 

Setakat ini, terdapat 402 tuntutan jaminan berkaitan ralat itu, tetapi tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan.

Wire harness dihasilkan oleh Aptiv Services US of Troy, Michigan mengikut Autoevolution, dan mempunyai tiub pintal tenunan yang sangat terdedah kepada kelembapan.

Disebabkan perubahan suhu, lama kelamaan, ia menjadi rapuh dan dengan hanya membuka dan menutup pintu belakang secara kerap sudah cukup untuk menyentapnya.

NHTSA sedang menyiasat model Ridgelines keluaran 2020–2023 untuk isu itu, tetapi nampaknya Honda telah memasukkan unit model tahun 2024 juga.

Wayar yang lebih teguh telah diperkenalkan ke dalam proses pengeluaran pada 3 Mei, tetapi unit yang dihasilkan dari 25 April hingga tarikh tersebut telah dipasang semula dengan bahagian yang dinaik taraf.

Peniaga sudah sedia maklum tentang penarikan balik dan pembetulan, manakala pemilik harus mengharapkan untuk mendapatkan surat dari 1 Julai dan seterusnya.

 

SUMBER : CarBuzz

Berita Berkenaan

Berita Global
  Enjin itu menghasilkan 280 kuasa kuda (hp) pada 6,000 rpm dan tork 355Nm pada 4,700 rpm.…
Informasi
Malah kereta-kereta pertama di dalam dunia dibina atas kerangka ladder frame, di mana badan dibina…
Berita Global
Namun, tidak seperti binaan trak pikap tipikal daripada kerangka ladder frame (seperti Hilux,…