Hyundai IONIQ 6 2023 mendarat di Malaysia, jarak gerak cecah 614 km, dua varian, dari RM289,888

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini secara rasmi melancarkan model sedan elektrik IONIQ 6 2023 selepas pelancaran IONIQ 5 pada tahun 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sama seperti IONIQ 5, IONIQ 6 dibangun berdasarkan platform E-GMP, dengan senibina elektrik 800 voltan dan rekaan badan yang aerodinamik, di mana angka kadar pekali seretan adalah serendah 0.21 sahaja.
 

ioniq



Dari segi ukuran, Hyundai IONIQ 6 membawakan dimensi sepanjang 4,855 mm, lebar 1,880 mm, tinggi 1,495 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,950 mm, sementara ruang kargo pula adalah sebesar 401 liter.

Terdapat ruang kargo tambahan di bahagian ‘frunk’ sebesar 45 liter untuk model asas, atau sebesar 14.5 liter untuk varian Max AWD.
 

6


Untuk pasaran Malaysia, Hyundai IONIQ 6 boleh didapati dalam dua pilihan varian:
Varian Max RWD
Motor elektrik tunggal, pacuan roda belakang
168 kW, 350 Nm
Pecutan 0-100 km/j 7.4 saat

Varian Max AWD
Motor elektrik berkembar, pacuan semua roda
239 kW, 605 Nm
Pecutan 0-100 km/j 5.1 saat

Kedua-dua varian didatangkan standard dengan pek bateri lithium-ion berkapasiti 77.4 kWh yang membenarkan jarak gerak sejauh 614 km, atau sehingga 519 km untuk varian Max AWD.
 

6


Hyundai IONIQ 6 menyokong pengecasan AC 11 kW di mana pengecasan penuh boleh dicapai dalam masa 7.1 jam, atau pengecasan DC 350 kW di mana bateri boleh dicas 10-80 peratus dalam masa 18 minit sahaja.

Sistem suspensi Hyundai IONIQ 6 terdiri daripada topang MacPherson di hadapan, dan tetapan Multilink di bahagian belakang.
 

6


Ciri yang terdapat pada IONIQ 6 termasuklah elemen rekaan Parametric Pixel yang menjadi identiti kenderaan Hyundai, diikuti dengan skrin berkembar 12.3 inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, pengecasan tanpa wayar, penggunaan bahan mesra alam, serta sistem pencahayaan ambien.

Selain itu, IONIQ 6 mempunyai sistem kawalan iklim automatic dua zon, sistem audo Bose dengan lapan pembesar suara, sistem kemasukan kunci pintar, skrin paparan head-up, shift-by-wire, paddle shifter untuk kawalan brek regeneratif, serta sistem bunyi Electric-Active Sound Design (e-ASD).

Dari segi keselamatan, Hyundai IONIQ 6 dilengkapi dengan tujuh beg udara, ABS, EBD, Bantuan Mula Mendaki (HAC), Sistem Peringatan Tali Pinggang Keledar, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) serta cagak ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak.
 

76


Sistem keselamatan Hyundai SMARTSENSE turut tersedia merangkumi ciri berikut:
• Bantuan Pengelakan Pelanggaran Titik Buta (BCA)
• Bantuan Pengekalan Lorong (LKA)
• Bantuan Pengelakan Pelanggaran Hadapan (FCA)
• Bantuan Pemanduan Lebuhraya (HDA2)
• Kawalan Jelajah Pintar (SCC) dengan fungsi Stop & Go
• Bantuan Pengelakan Pelanggaran Parkir (PCA)
• Sistem Pemantauan Keliling (SVM)
• Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)

Hyundai IONIQ 6 turut menyokong fungsi Vehicle-to-Load (V2L) di mana kereta elektrik ini boleh berubah menjadi genset mudah alih untuk kegunaan barangan elektrik seperti kelengkapan berkhemah, mengecas laptop atau basikal elektrik, serta menyelamatkan EV yang terkandas di tepi jalan.
 

io


Untuk pasaran Malaysia, Hyundai IONIQ 6 boleh didapati pada harga bermula dari RM289,888 untuk varian Max RWD, dan RM319,888 untuk varian Max AWD.

Secara standard, Hyundai-SDM menawarkan jaminan bateri sehingga lapan tahun atau jarak perbatuan 160,000 km.

Dengan tambahan RM10,000, jaminan standard boleh dinaik taraf kepada lima tahun/100,000 km, serta pakej servis percuma tiga tahun/50,000 km.

Untuk makluman, 30 pemilik pertama akan menerima keahlian Shell Recharge Gold satu tahun secara percuma, membolehkan mereka menikmati kadar caj pengecasan yang lebih menarik.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua model tersebut bakal dipamerkan buat kali pertama di acara paultan.org Premium Auto Car…
Model Terbaharu
Varian baharu yang dimaksudkan itu ialah IONIQ 6 Lite dan IONIQ 6 Plus, di mana kedua-dua merupakan…
Pelancaran
Ditawarkan dengan varian tunggal iaitu Plus, Hyundai menawarkan sebuah SUV segmen B yang lengkap…