HSDM umum dua varian baharu IONIQ 6, jarak gerak 429 km, dari RM219,888

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) kini mengumumkan kehadiran dua varian baharu bagi sedan elektrik Hyundai IONIQ 6 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Varian baharu yang dimaksudkan itu ialah IONIQ 6 Lite dan IONIQ 6 Plus, di mana kedua-dua merupakan sedan dengan motor elektrik tunggal pacuan roda belakang berkuasa 149 hp dan 350 Nm.
 

ioniq7


Pek bateri lithium-ion polymer 53 kWh pula membenarkan jarak gerak sejauh 429 km untuk sekali cas penuh (data WLTP), sementara senibina 800-voltan pula membolehkan pengecasan DC 350 kW dibuat dari 10-80 peratus dalam masa 18 minit.

Pengecasan DC 50 kW dari 10-80 peratus adalah sepantas 58 minit, manakala pengecasan AC 11 kW memakan masa 5.5 jam untuk pengecasan penuh 100 peratus.
 

ioniq7


Varian Lite dan Plus turut berkongsi kelengkapan yang sama dengan varian Max, termasuklah tujuh beg udara, bantuan pengekalan lorong (LKA), bantuan pengelakan pelanggaran hadapan (FCAA), kawalan jelajah pintar (SCC) dengan fungsi Stop & Go, serta sokongan Vehicle-to-Load (V2L).

Ruang kabin pula menempatkan skrin berkembar 12.3 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem pencahayaan ambien 64 warna, serta pengecasan peranti pintar tanpa wayar.
 

6


Untuk pasaran Malaysia, Hyundai IONIQ 6 Lite RWD dijual pada harga bermula dari RM219,888, diikuti dengan RM249,888 untuk varian Plus RWD, di mana terdapat lima warna ditawarkan iaitu namely Abyss Black Pearl, Nocturne Grey Matte, Biophilic Blue Pearl, Dive Blue Solid dan Gravity Gold Matte.

Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan bateri selama lapan tahun/jarak perbatuan 160,000 km.

Dengan tambahan RM10,000, pembeli boleh menaiktaraf pakej jaminan sedia ada kepada tempoh lima tahun/100,000 km, serta pakej servis percuma selama tiga tahun/50,000 km.

30 orang pelanggan pertama akan menerima keahlian Shell Recharge Gold selama satu tahun secara percuma, di mana mereka akan menerima unit masing-masing menjelang suku keempat tahun ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua model tersebut bakal dipamerkan buat kali pertama di acara paultan.org Premium Auto Car…
Pelancaran
Sama seperti IONIQ 5, IONIQ 6 dibangun berdasarkan platform E-GMP, dengan senibina elektrik 800…
Pelancaran
Ditawarkan dengan varian tunggal iaitu Plus, Hyundai menawarkan sebuah SUV segmen B yang lengkap…