Hummer bangkit dari abu - jadi jenama trak pikap elektrik dibawah GM?

oleh Mohamad Hanif|
Setelah 10 tahun berkubur kerana tiada siapa yang mahukan sebuah SUV yang besar gedabak yang pelahap bahan api, jenama Hummer dikhabarkan bakal dibangkitkan kembali oleh GMC.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Wall Street Journal yang memetik sumber yang tidak bernama memberitahu, GMC bakal memperlihatkan sebuah iklan trak pikap elektrik bersempena Super Bowl dengan perancangan produksi pada awal tahun 2022. 

Jika benar berita yang dimaksudkan, GMC bakal mempunyai sebuah lagi jenama trak pikap elektrik yang bakal bersaing melawan Bollinger, Ford, Rivian dan juga Tesla. 

Baca: Trak pikap elektrik dalam pasaran

Laporan tersebut tidak menyatakan Hummer bakal berdiri sendiri sebagai sebuah jenama ataupun bakal diletakkan sebagai sebuah nama model disebalik jenama GMC. 

Namun, wakil GM ketika dihubungi memberitahu, "ia sekadar spekulasi."


Sumber: Wall Street Journal menerusi Car and Driver

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Ketua Unit Komersil Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Kevin Ramalingam berkata, tarikan…
Berita Global
Pasukan penyelamat The Citrus County Florida bergegas ke tempat kejadian bagi membantu memadamkan…
Model Terbaharu
Dinamakan sebagai GMC Hummer EV 2022, model EV pertama yang menggunakan nama Hummer itu membawakan…