Hot Wheels sambut ulang tahun ke-50 di Malaysia - penampilan pertama Hot Wheels RWB Porsche 911

oleh Mohamad Hanif|
Sedar atau tidak, jenama kereta permainan yang sangat ikonik di kalangan peminat automotif iaitu HotWheels sudah pun menjangkau usia yang ke-50 tahun ini.

Bersempena dengan ulang tahun yang ke-50 itu, HotWheels mengadakan Jelajah 50 Tahun Asia Tenggara Hot Wheels dengan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pertama bertempat di acara tahunan Art of Speed di MAEPS, Serdang. 


Dilancarkan oleh Pengurus Rekaan Produk Global Hot Wheels, Dmitriy Shakhmatov, acara tersebut dihadiri ramai peminat dan pengumpul koleksi untuk mendapatkan edisi terhad 50 tahun Hot Wheels yang ditawarkan pada dua hari tersebut. 

Hot Wheels juga menganjurkan pertandingan reka cipta melibatkan pelajar sekolah berusia 9-12 tahun sekitar Lembah Klang yang diadili oleh Dmitriy sendiri.

Menurut Shakhmatov, "saya berasa amat gembira Hot Wheels bertindak proaktif memberikan peluang kepada para pelajar untuk menyerlahkan kreativiti mereka dan saya percaya, jika anda boleh memasang impian, anda juga mampu menjadikannya realiti."
 


Acara tersebut turut menyaksikan kemunculan pertama rekaan Car Culture 2019 menampilkan hasil kerjasama dengan RAUH-Welt BEGRIFF (RWB), penala jenama Porsche dari Jepun. 

Sebuah Porsche 911 RWB dalam skala sebenar telah dipertunjukkan di khalayak ramai merupakan salah satu koleksi di dalam Car Culture 2019 yang akan dilancarkan pada tahun hadapan, yang turut dihadiri oleh Ivan Franco (Pengurus Besar Mattel Asia Tenggara), Dmitriy Shakhmatov, Christian Coujin (RWB), Asep Ahmad Iskandar (pengasas Art of Speed) dan Jazeman Jaafar (pelumba negara). 
 


Bersempena dengan ulang tahun yang ke-50 Hot Wheels, mereka telah melancarkan Set Edisi Terhad yang terdiri daripada
-Hot Wheels® 50th Black and Gold Collection
-Hot Wheels® 50th Originals Collection
-Hot Wheels® 50th Track Stars 5-car Pack
-Hot Wheels® 50th Anniversary Favourites
-Hot Wheels® 50th Zamac Flames Collection
-Hot Wheels® 50th Stars and Stripes Collection
-Hot Wheels® 50th Camaro Collection
-Hot Wheels® 50th Throwback Collection
-Hot Wheels® 50th Anniversary 10-car Pack

Untuk keterangan lanjut tentang Hot Wheels dan info berhubung sambutan Ulang Tahun ke-50, layari laman Facebook Hot Wheels atau laman web [hotwheels.mattel.com].
 

Add new comment

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Malah, susuk tubuh ini juga pernah beberapa kali turun ke Malaysia untuk memasang sendiri kit badan…
Berita Global
Siapa yang tidak kenal penala khusus Porsche kustom yang terkenal serata dunia, Akira Nakai…
Gaya Hidup
Atara Racing sebenarnya bermula dari bawah bila tujuh tahun dahulu, Ali Said, 31, dari Kuala Nerang…