Jam tangan RWB Stella & Rotana - 305 unit terhad, harga dari RM7,835

oleh Mohamad Hanif|
Jenama Rauh Welt Begriff (RWB) merupakan firma penala yang memfokuskan kepada kereta-kereta sports Porsche dengan kit badan yang serba agresif, sayap belakang super besar dan kesemuanya dipasang sendiri oleh pengasasnya, Akira Nakai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, susuk tubuh ini juga pernah beberapa kali turun ke Malaysia untuk memasang sendiri kit badan kustom pada Porsche pelanggannya seperti Yamato Nadeshiko dan Furinkazan.

 


Selain daripada menghasilkan kit badan lebar untuk Porsche, RWB juga ada menawarkan produk yang boleh digayakan oleh para peminat RWB iaitu jam tangan!

Dibangunkan dengan kerjasama jenama jam Denmark REC Watches, Akira Nakai melancarkan bukan satu, tetapi dua utas jam tangan yang dikenali dengan nama RWB Stella dan RWB Rotana.

 


Nama-nama yang diberikan merupakan nama model sebenar yang diberikan oleh Akira Nakai terhadap dua binaan khusus peribadi beliau, iaitu Porsche 930 "Stella Artois" - Porsche pertama yang dibina RWB - dan Rotana, sebuah Porsche 911 berwarna ungu.

Kedua-dua unit jam tangan diperbuat daripada casis 46 mm keluli tahan karat yang disaluti bahan PVD hitam, tali jam getah, dan ketahanan terhadap air sehingga 50 meter.

 


Kedua-dua jam tangan ini dikuasakan oleh pergerakan mekanikal automatik CAL.9100 dengan simpanan tenaga selama 40 jam, dan dilindungi oleh kaca Sapphire.

Sementara kemasan di bahagian belakang jam tangan pula adalah mengikut rekaan rim pada model masing-masing.

 


Jam tangan RWB Stella dilayangkan dengan warna emas dengan kemasan warna yang sama pada jarum saat, manakala RWB Rotana pula diberikan warna ungu terang yang diinspirasikan daripada warna model sebenar 911 Rotana.

Dengan harga jualan sekitar RM7,835, setiap satu jam tangan dihasilkan dalam 305 unit terhad dan anda boleh memilih sendiri nombor siri yang diinginkan menerusi laman web REC Watches.

Sumber: RWB Stella, RWB Rotana

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…