Honda X-ADV ada panggil-semula

oleh HEZERI SAMSURI|

Skuter adventure Honda, X-ADV kini mengalami proses panggil semula (recall) di US.

Kempen itu melibatkan kesemua X-ADV yang dibina antara 26 Januari 2017 sehingga 4 Oktober 2018.

Puncanya ialah modul PPTC (Polymer Positive Temperature Coefficient) yang merupakan sebuah fius boleh-reset di dalam ECU motosikjal tersebut.

Honda US berkata sekiranya motosikal itu ditunggang secara perlahan, model itu akan menjadi terlalu panas dan akan menyebabkan enjin masuk ke Limp-Mode atau Mod Perlahan (untuk mengelakan kerosakan menjadi lebih serius).

Bila itu berlaku, tukaran gear tidak boleh dilakukan dan tenaga ke roda belakang akan lenyap, menyebabkan skuter itu tidak boleh ditunggang lagi sehingga diperbaiki.

Careta sedang menunggu jawapan dari Boon Siew Honda untuk mengetahui adakah unit di Malaysia terbabit atau tidak.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebanyak 440 unit motosikal terjejas akibat masalah ini terdiri daripada model-model seperti R NINE…
Berita Global
Masalah tersebut mampu menyebabkan kenderaan untuk berhenti secara tiba-tiba ketika pemanduan.…
Berita Global
Pihak BMW Motorrad telah mengenalpasti model-model terbabit dan akan memanggil semula unit-unti…