Honda WR-V 2023 – 2,500 tempahan diterima, varian RS paling laris!

oleh Mohamad Hanif|
Honda WR-V 2023 yang bakal dilancarkan kelak ternyata sangat popular di kalangan rakyat Malaysia.

Dalam satu sidang media yang dibuat sebentar tadi, pihak Honda Malaysia Sdn Bhd (HMSB) mengumumkan jumlah tempahan yang diterima adalah sekitar 2,500 unit dalam tempoh sebulan.

Daripada jumlah tersebut, varian RS mendahului senarai dengan jumlah tempahan mencecah 45 peratus, diikuti varian V sebanyak 38 peratus, varian E (12 peratus) dan varian S (7 peratus).

Berdasarkan data daripada Honda Malaysia, kebanyakan pelanggan yang telah menempah WR-V baharu datangnya daripada golongan pengguna baharu yang lebih mementingkan gaya hidup aktif.

Kesemua unit yang telah ditempah dijangka akan diedarkan sepenuhnya dalam masa tahun ini, dengan tempoh menunggu kurang daripada dua bulan.

Honda WR-V merupakan SUV segmen A yang bakal dilancarkan oleh Honda Malaysia tidak lama lagi, melengkapi penawaran SUV sedia ada iaitu Honda HR-V dan Honda CR-V.

Perincian seperti spesifikasi dan harga jualan hanya akan diumumkan dalam masa terdekat.

Baca: Spesifikasi ringkas Honda WR-V 2023 (Malaysia)

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Selepas meneraju segmen kenderaan utiliti sukan dengan model seperti Proton X50, X70 dan X90,…
Berita Domestik
Menurut Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia berkata, "Kejayaan smart #1 tidak hanya…
Model Terbaharu
Para pelanggan boleh menempah smart #1 menerusi aplikasi Hello smart App, dengan yuran tempahan RM1…