Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, “Kami sangat teruja untuk menjadi pengeluar pasaran besar Jepun pertama yang memperkenalkan jenama baharu SUV kecil dalam Segmen Bukan Nasional kepada rakyat Malaysia, akan dilancarkan pada S3 2023."
"WR-V serba baharu memberikan pengalaman unik kepada pelanggan kami dengan ciri tersendiri SUV Honda dengan menggabungkan gaya sporty, teknologi canggih, ciri keselamatan, terkemuka prestasi dan pelepasan tanah yang tinggi."
"WR-V serba baharu ialah teman yang ideal untuk golongan muda orang dewasa dan keluarga yang mencari SUV Kecil yang memancarkan personaliti yang bertenaga dan berani melengkapkan gaya hidup aktif mereka.”
Menjadi keluarga baharu dalam barisn SUV Honda, WR-V akan berada dibawah HR-V dari segi saiz, dimana ia memiliki dimensi panjang 4,060 mm, lebar 1,780 mm, tinggi 1,608 mm dan jarak antara roda sepanjang 2,485 mm, serta 207 mm jarak lega bumi
Seperti kebanyakan model Honda, WR-V juga akan menerima logo RS baharu sebagai varian tertingginya, bersama rekaan jeriji hadapan unik dan rim bersaiz 17 inci.
Dari segi kuasa, ia bakal menggunakan nadi 1.5 liter i-VTEC DOHC NA yang mampu menghasilkan 121 PS dan 145 Nm, dipadankan bersama transmisi CVT dan sistem pacuan roda depan (FWD).
Meningkatkan keselamatan sebuah SUV kompak, WR-V turut ditawarkan dengan ciri Honda SENSING, dimana ia merangkumi:
- Lead Car Departure Notification (LCDN)
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Collision Mitigation Braking System (CMBS)
- Forward Collision Warning (FCW)
- Lane Keep Assist System (LKAS)
- Road Departure Mitigation (RDM)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Auto High Beam (AHB)
Selain menempah di pengedar dah, pelanggan juga boleh melakukan tempahan secara atas talian melalui laman web Honda Malaysia.