Honda RS-X edisi terhad Repsol dijual bermula esok!

oleh HEZERI SAMSURI|
Boon Siew Honda akan mula melancarkan varian Repsol untuk model RS-X esok bagi peminat-peminat jenama tersebut.

Dijana menggunakan enjin 150cc DOHC Euro 4 dengan transmisi 6-kelajuan, ia menghasilkan 11.8kW pada 9,000 rpm dan daya kilas 13.6 Nm pada 7,000 rpm.

Sistem brek ABS dibekalkan untuk roda hadapan sahaja sementara lampu LED lengkap dan speedometer LCD penuh turut diberikan.

Harga saranan ialah RM9,998 tanpa cukai jalan, insuran dan pendaftaran dan hanya 5,000 unit sahaja akan dihasilkan.

Untuk anda yang mahu menjadi antara rider RS-X Repsol, terus ke pengedar-pengedar rasmi Boon Siew!

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sejak kemunculan semula pada sebagai model 2023, Dax berjaya menggabungkan warisan model asal…
Berita Global
Ketua Pegawai Kewangan Nissan, Ivan Espinosa memaklumkan kepada Nikkei Asia bahawa mereka sedang…
Berita Global
Enjin baharu ini akan digandingkan dengan sistem hibrid yang dijangka menawarkan pemanduan lebih…