Honda PCX 160 2021 dilancarkan di Jepun - enjin 156 cc, 15.8 hp/15 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Tidak lama selepas Honda melancarkan model skuter facelift PCX 125 di Eropah, pengeluar motosikal itu lantas memperkenalkan model Full Model Change (FMC) untuk pasaran Jepun dengan nama baharu, PCX 160.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perubahan nama tersebut memberikan indikasi Honda kini mendatangkan enjin baharu kepada skuter tersebut, iaitu enjin 156 cc silinder tunggal empat injap bagi menggantikan enjin 149 cc dua injap.

 


Dengan enjin baharu ini, Honda PCX 160 kini mampu menghasilkan 15.8 kuasa kuda dan daya kilas 15 Nm pada putaran enjin maksimum 6,500 rpm, peningkatan berbanding enjin terdahulu (14.5 hp/13.6 Nm).

Selain daripada itu, Honda juga turut mendatangkan beberapa perubahan seperti Air Input Line, penambahan diameter badan pendikit, serta perubahan pada struktur dalaman pada sistem ekzos untuk mengurangkan kadar rintangan ekzos.

 


Honda PCX 160 untuk pasaran Jepun menerima sistem cakera brek depan dan belakang, namun tidak seperti PCX 125 yang hadir dengan sistem ABS dua saluran, PCX 150 hanya datang dengan ABS saluran tunggal sahaja.

Ciri kawalan cengkaman Honda Selectable Torque Control beroperasi untuk mengawal kadar cengkaman roda belakang serta mengurangkan kesan wheelspin, dimana sistem ini juga boleh dimatikan mengikut kehendak penunggang.

 


Sama seperti PCX 125, Honda PCX 160 juga mendapat paparan meter serba baharu, ruang storan yang lebih besar, serta slot pengecasan USB.

Honda PCX 160 dipasang secara rasmi di Vietnam, dan akan mula dijual bermula 28 Januari 2021.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Menurut Honda US, naik taraf sesaran baharu, iaitu enjin 156.9 cc itu kini membolehkan ADV 160…
Berita Global
Pihak AHM dalam satu kenyataan mengesahkan kedua-dua model skuter tersebut mempunyai masalah pada…