Honda ADV 160 rasmi di pasaran US - harga bermula dari RM20,717

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Skuter kembara bersesaran kecil popular di Malaysia dan Asean, Honda ADV 160 kini rasmi memasuki pasaran US dengan harga bermula dari USD4,499 (RM20,717).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Honda US, naik taraf sesaran baharu, iaitu enjin 156.9 cc itu kini membolehkan ADV 160 digunakan secara sah di atas lebuh raya US.

Berdasarkan laman web rasmi Honda US, Honda ADV 160 untuk pasaran US mengekalkan spesifikasi yang sama seperti di pasaran Malaysia dan Asean.

 

2

 

Dari segi kuasa, ia menggunakan enjin baharu dengan sesaran 156.9 cc eSP+ menghasilkan kuasa sehingga 15.8 HP dan 14.7 Nm.

Pasaran US turut menerima ADV 160 dengan teknologi Honda Selectable Torque Control (HSTC) untuk kawalan kuasa dan cengkaman yang terbaik. Kebiasaannya fungsi ini hanya boleh dilihat pada motosikal 250 cc keatas.

Ia turut menerima sistem suspensi jenis Showa bersama dua penyerap hentak di belakang, dan fork teleskopik 31 mm di bahagian depan.

 

3

 

Antara ciri lain termasuklah ruang utiliti 30 liter iaitu lebih 2 liter berbanding ADV 150 di bawah tempat duduk, pengecas USB 5V 2.1A di dalam kotak konsol, penghadang angin yang boleh dilaras dengan lebih tinggi dan meter LCD baharu.

Honda ADV 160 pasaran US juga masih mengekalkan set roda depan 14 inci dan roda belakang 13 inci bersama sistem brek ABS pada bahagian hadapan, serta sistem Idling Stop System (ISS) dan Sistem Kunci Pintar yang dilengkapi penggera.

Untuk pasaran US, Honda ADV 160 ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Red Metallic dan Pearl Smoky Gray, dimana ia akan mula dijual bermula bulan Julai 2023.

4

Selain Honda ADV 160, Honda US dilapor akan menawarkan dua lagi model dengan enjin bersesaran kecil iaitu Honda Grom dengan kemaskini baharu serta satu lagi skuter iaitu Honda PCX.

Honda Grom akan ditawarkan dengan tiga versi, bermula dari USD3,599 (RM16,573) untuk Grom asas, USD3,699 (RM17,033) untuk Grom SP, dan USD3,799 (RM17,494) untuk Grom ABS, yang akan dijual bermula bulan Jun.

Untuk Honda PCX pula, dikuasakan dengan enjin yang sama seperti Honda ADV 160, ia akan ditawarkan bermula dari USD4,149 (RM19,106), yang juga akan dijual bermula bulan Jun 2023.

5

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Penawaran warna Force Silver itu menjadi tambahan kepada dua warna sedia ada, iaitu Mat Charcoal…
Berita Domestik
Selepas kehadiran model 250 cc itu, Aveta Malaysia dilihat bakal melancarkan sebuah skuter kembara…
Pelancaran Motosikal
Antara ciri utama yang didatangkan pada Honda ADV 160 itu ialah naik taraf enjin baharu dengan…