Masalah CVT, Honda ADV 160, PCX 160 dipanggil semula di Indonesia

oleh Mohamad Hanif|
Baru sahaja dilancarkan beberapa bulan yang lalu, dua buah model skuter Honda ADV 160 2022 dan Honda PCX 160 2022 telah pun dipanggil semula oleh pihak Astra Honda Motor.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pihak AHM dalam satu kenyataan mengesahkan kedua-dua model skuter tersebut mempunyai masalah pada komponen CVT yang dinamakan Pulley Assy Driven.
 

ADV


Para pemilik kedua-dua model ini dinasihatkan supaya menghantar skuter mereka untuk diperiksa di pusat servis sah selepas mereka menerima surat pemberitahuan berhubung kempen panggil semula tersebut.

Menurut pihak AHM lagi, masalah ini berpunca daripada proses pengeluaran yang tidak sempurna, menyebabkan terdapat perbezaan ketebalan komponen dari satu skuter ke skuter yang lain.

Keadaan ini akan menyebabkan bunyi bising terhasil daripada bahagian CVT, dan mampu menyebabkan prestasi skuter menurun.
 

2


Honda ADV 160 dilancarkan pada pertengahan tahun yang lalu dengan enjin 156.9 cc yang mampu menjana kuasa 15.8 hp @ 8,500 rpm dan daya kilas 14.7 Nm @ 6,500 rpm, selain menawarkan beberapa pembaharuan dari segi reka bentuk, teknologi moden dan kemudahan yang praktikal.

Di Indonesia, harga jualan bermula dari Rp. 36,000,000 (RM10,907) untuk versi CBS, hingga Rp. 39,250,000 (RM11,892) untuk versi ABS.

Sumber: CNN Indonesia

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Penawaran warna Force Silver itu menjadi tambahan kepada dua warna sedia ada, iaitu Mat Charcoal…
Model Terbaharu
Menurut Honda US, naik taraf sesaran baharu, iaitu enjin 156.9 cc itu kini membolehkan ADV 160…
Berita Domestik
Selepas kehadiran model 250 cc itu, Aveta Malaysia dilihat bakal melancarkan sebuah skuter kembara…