Honda N-WGN - kei car yang praktikal dan lebih ciri keselamatan

oleh Mohamad Hanif|
Honda N-WGN - disebut sebagai Honda Enuwagon merupakan produk kei-car terbaharu yang dilancarkan oleh Honda untuk pasaran Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia dibangunkan menggunakan platform yang sama dengan N-Box, N-WGN didatangkan dengan dua trim yang berbeza iaitu N-WGN dan N-WGN Custom. 

Dari segi luaran, Honda menggunakan kepakarannya dengan rekaan yang ringkas dan minimalis pada wagon cilik ini, dan rekaan lampu yang membezakan antara kedua-dua varian itu tadi.

 


Disebabkan peraturan kei-car membataskan dimensi, Honda mendatangkan solusi storan barangan yang sangat pintar pada kei-car ini, seperti penampilan papan kargo yang mampu mengasingkan ruangan barang di belakang. 

Ketinggian papan ini juga adalah sama dengan aras kerusi yang dilipat sepenuhnya, menawarkan ruang kargo yang lebih luas dan lebih praktikal untuk sebuah kereta bandar. 

Untuk membeli-belah perabot kecil di Ikea juga tidak menjadi masalah.
 


Bagi memberikan kebebasan kepada pemandu, Honda turut melengkapkannya dengan sistem stereng boleh laras tilt dan teleksopik!

Honda menawarkan senarai warna yang cukup banyak termasuklah penawaran warna dua tona dengan bumbung berwarna putih untuk varian asas. 

Varian Custom pula tampil dengan bumbung berwarna hitam ataupun perak. 
 


Keselamatan pengguna juga turut diutamakan walaupun ia sebuah kereta khusus untuk kegunaan di dalam bandar. 

Selain daripada ciri seperti Sistem Stereng Mitigasi Pelanggaran Pejalan Kaki, Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Bantuan Kekal Laluan (LKAS), sistem pengesanan papan tanda dan lampu suluh automatik, N-WGN juga hadir dengan ciri Lead Car Departure Notification System dan False Start Prevention yang menjadi kelaziman di Jepun. 
 


Menurut regulasi kei-car, enjin aspirasi natural 658 cc tiga silinder sebaris yang ditawarkan pada N-WGN ini mampu menjana 58 kuasa kuda dan 65 Nm. 

Terdapat juga versi turbo yang mampu mencapai 64 hp dan 104 Nm dan kedua-duanya dipadankan dengan transmisi CVT yang memacu roda  hadapan atau pacuan semua roda. 
 

Berita Berkenaan

Informasi
Antara model N yang paling digilai di Malaysia adalah N BOX. Model ni didatangkan dengan 2…
Berita Global
Sebahagian besar daripadanya merupakan kereta-kereta kei yang telah diubah suai untuk kegunaan…