Honda N-BOX, kereta kotak berturbo hensem

oleh Penyumbang Rencana 2|
Mengambil inspirasi dari model 70an iaitu Honda N360, Honda siri N merupakan permulaan era baru Kei-Car dari Honda. “N” bermaksud (New, Next, Nippon dan Norimono (kenderaan).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara model N yang paling digilai di Malaysia adalah N BOX. Model ni didatangkan dengan 2 spesifikasi iaitu N-BOX Custom GL Turbo dan N-BOX L didalam generasi kedua.

- Generasi pertama (JF1/2) dikeluarkan pd tahun 2011 
- Generasi kedua (JF3/4) pada tahun 2017 sehingga sekarang.
 

n-wgn


N BOX adalah salah satu daripada enam model dalam siri N. Model lain adalah :
- N-BOX+ 
- N-ONE 
- N -WGN 
- N-BOX SLASH 
- N-VAN. 

Bagi pasaran Malaysia, pengimport kenderaan terpakai membawa masuk beberapa varian N iaitu N-BOX, N-BOX SLASH, serta N-VAN setakat ini.
 

nbox


Berjantungkan enjin 660cc turbo earth dream, N-BOX menghembuskan 63 kuasa kuda dan 104 Nm tork. Digabungkan dengan transmisi CVT 4 kelajuan bersama pacuan hadapan, model ni menarik minat ibu-ibu sebagai kereta ke pasar dan sekolah anak. Mudah untuk parkir dan masuk simpang katanya.

Antara ciri-ciri yang menarik pada N-BOX adalah rekabentuk yang kompak, ruang dalaman yang luas, 2 pintu sliding automatik, seat belakang boleh laras secara maksimum, ruang belakang boleh diratakan, pandangan pemanduan yang jelas dan harga T20/T2 yang berpatutan. Padanlah jadi pilihan Tuanku Permaisuri Agong dan Dato Rizalman Ibrahim. 
 

nbox


Konfigurasi tempat duduk memainkan peranan penting dalam meningkatkan nilai dan penggunaan kei car ni. Sesuai untuk aktiviti berbasikal, berkhemah, pindah barang, berniaga, sehinggalah sebagai kenderaan menjelajah. Memang serba boleh lah. 

Dengan erti kata lain, N-BOX adalah ibarat Myvi bagi golongan berada. Tak hairanlah kebanyakan N-BOX menggunakan no pendaftaran khas dan mula membanjiri jalan-jalan di bandar-bandar utama. Trend ini bakal meluas tidak lama lagi sepertimana trend satu rumah elit satu Alphard/Vellfire.
 

nbox


Penjagaan model ini agak ringkas dan kos bagi alat ganti serta penyelenggaraan juga amat berpatutan. Tidak banyak yang perlu dirisaukan dengan kereta import terpakai dari Jepun selain menjaga masa servis dan bayaran bulanan dengan bank.

Kebiasannya didatangkan dengan jaminan dari syarikat pihak ketiga bagi tempoh 3 ke 5 tahun, bergantung kepada pakej yang ditawarkan oleh jurujual. Makna kata, pakailah sampai 8 atau 10 tahun pun, jarang sekali ada masalah-masalah besar dan harga pasaran juga masih ditahap yang memuaskan.

Harga jualan bermula dari RM95,000.00 sehinga RM119,000.00, bergantung kepada tahun dibuat, kadar perbatuan, gred dan kondisi kereta.
 

Nvan


Tips untuk bakal-bakal selepas menjumpai kereta recond impian anda:

1) Dapatkan maklumat bidaan dari laman scrut (www.scrut.my) atau otofacts (https://otofacts.com/my/), bayaran bermula dari RM50 sehingga RM120.
*Maklumat bidaan boleh dimanipulasi hanya bermodalkan liquid paper. Jadi silalah scrut atau otofacts dulu sebelum buat tempahan, hanya perlukan nombor casis.

2) Periksa kenderaan dan pandu uji
*Kunjungi pusat pameran dan periksalah kenderaan dengan teliti dari segi cat, rim, tayar, ruang dalaman, ruang enjin, perbatuan dan sebaiknya Ambil gambar kalau ada yang perlu diperbaiki. Pandu uji bersama keluarga agar sejahtera di kemudian hari.
 

N


3) Dapatkan sebut harga berserta maklumat lengkap
*Minta jurual sediakan sebut harga lengkap berserta maklumat kereta, harga jualan, caj-caj yang ada, dan buat satu salinan untuk rujukan.

4) Semak keabsahan Approved Permit (AP) dgn pihak bank, elakkan AP Sabah Sarawak sama sekali.
*Jika anda berurusan dengan pengedar yang kurang mashyur, sebaiknya minta salinan AP dan minta pihak bank semak keabsahan AP tersebut. Banyak kes yang dah terbeli dengan syarikat yg menggunakan AP yg telah disenarai hitam. Susah di kemudian hari nanti

5) Di kala kos sara hidup yang makin meningkat, sebaiknya dapatkan tawaran dari 2-3 bank supaya anda boleh bandingkan kadar faedah yang terendah.
 

n box


6) Sebelum membuat pendaftaran, periksa maklumat insurans dengan memastikan amaun perlindungan mengikut nilai dipersetujui dan peratusan NCD (non claimed discount) yang betul. Buat perlindungan tambah seperti all driver, bencana (special perils), unlimited towing mengikut kesesuaian penggunaan anda.
 

Penulis: Faiz Ayob

Berita Berkenaan

Berita Global
Lihat sahaja pada dua projek terawal yang telah siap sebelum ini, iaitu Mars (menggunakan asas…
Berita Global
Untuk makluman, kedua-dua model Flair Wagon ini sebenarnya diubah lencananya daripada model Spacia…
Berita Global
Salah satu daripada model yang bakal dipamerkan ialah Suzuki Swift Concept. Model Swift Concept…