Sebahagian besar daripadanya merupakan kereta-kereta kei yang telah diubah suai untuk kegunaan tertentu, termasuk sebuah konsep kereta pantas yang sporti.
N-WGN Picnic
Seperti namanya, N-WGN Picnic merupakan sebuah model konsep untuk mereka yang mahu melakukan aktiviti piknik di hujung minggu.
Ia menampilkan layangan warna dua tona, panel kayu di bahagian sisi, serta rak bumbung.
K-Climb
Sebuah kereta kei yang dihasilkan untuk tujuan catatan masa pantas mendaki bukit.
Antara perubahan yang ada termasuklah bampar depan yang sporti, gril depan yang unik, sistem ekzos tengah serta sayap belakang yang agak besar.
Ruang kabin pula menempatkan pemasangan sangkar keselamatan bagi melindungi pemandu.
Fit e:HEV Crosstar
Bukan sebuah kei car, akan tetapi Honda Fit (Jazz) yang menggandingkan padanan hatchback dan crossover.
Fit e:HEV Crosstar ini mendapat rekaan bampar yang agak ranggi, diikuti dengan pemasangan lampu tambahan, skid plate palsu, tayar yang lebih besar dan berkemungkinan besar mendapat suspensi yang telah ditinggikan.
Ia diakhiri dengan pemasangan rak bumbung dan layangan aksen hitam.