Honda N-One didatangkan varian baharu Style + Urban dengan tema retro

oleh Mohamad Hanif|
Setelah generasi kedua dilancarkan pada tahun 2020, Honda Jepun menawarkan versi kemaskini kepada hatchback kei-car N-One yang dihasilkan khusus untuk pasaran Jepun itu.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Kemaskini tersebut turut merangkumi pengenalan varian baharu N-One Style + Urban dengan penampilan yang menarik, seperti aksen krom pada jeriji hadapan, trim hitam berkilat pada sesetengah tempat seperti perumah cermin sisi dan pemegang pintu, serta rim keluli 14 inci bertemakan retro.

Selain daripada itu, unit lampu utama LED depan dan belakang turut diberikan efek gelap.
 

N-One


Memasuki ruang kabin kereta comel ini, anda akan disambut dengan trim kayu Tanwood (yang sebenarnya bukan kayu betul) yang menghiasi sebahagian besar panel papan pemuka.

Tempat duduk dibaluti dengan upholsteri kulit dua tona, didatangkan dengan ciri pemanas terbina, sementara kelengkapan lain termasuklah pendingin hawa automatik, slot pengecasan USB, serta skrin sentuh dengan fungsi naviagasi, TV digital dan kamera undur.

Sistem keselamatan ADAS Honda SENSING adalah standard.
 

N-One


Di bawah kelas kei-car, N-One Style + Urban hanya dilengkapi dengan enjin 660 cc dengan output kuasa 58 hp, sistem pacuan roda depan (atau semua roda) yang dipadankan dengan transmisi CVT.

Selain varian ini, pembeli boleh mendapatkan varian N-One lain dengan enjin 660 cc turbo (63 hp), dan varian sporti RS pula didatangkan dengan padanan transmisi manual enam nisbah kelajuan.

Harga jualan N-One bermula dari ¥1,599,400 (RM52,297) untuk versi asas, sementara untuk varian Style + Urban ini bermula dari ¥1,679,700 (RM54,930) hingga ¥1,812,800 (RM59,283) untuk versi pacuan semua roda.

Berita Berkenaan

Berita Global
Sepanjang tempoh tersebut, kedua-dua syarikat itu akan menilai tahap keberkesanannya dalam…
Berita Global
Tiga daripadanya sudah pun kita ketahui, iaitu kei-car Mitsubishi Delica Mini, Mitsubishi ASX,…
Berita Global
Selepas melancarkan TFENDER yang dihasilkan khusus untuk Toyota ProBox, ESB Style kini melancarkan…