FELO M One - 'Motocompo' moden, jarak gerak 100 km, dari RM13k sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Honda Motocompo merupakan sebuah skuter cilik yang dihasilkan oleh Honda dari tahun 1981 hingga 1983, dengan dimensi yang kecil dan keupayaannya yang boleh dilipat dan disimpan dengan mudah di dalam ruang kargo
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Careta sebelum ini pernah melaporkan bahawa Honda sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan semula idea tersebut berdasarkan penemuan pendaftaran tanda dagang 'Motocompacto' tiga tahun lepas.

Baca: Honda daftar tanda dagang 'Motocompacto'

 

M One


Sebelum pun sempat kita melihat kelahiran semula Motocompo yang asli dari Honda, sebuah syarikat China FELO memperlihatkan model skuter boleh lipat tersebut pada acara Tokyo Motorcycle Show, digelar sebagai M One.

Skuter M One ini boleh dikatakan banyak mengambil inspirasi daripada rekaan Motocompo, dengan berat sekitar 37 kg.
 

M One


Paling penting, ia tidak lagi menggunakan enjin pembakaran dalaman, sebaliknya mengguna pakai motor elektrik berkuasa 1 kW (1.34 hp), sementara pek bateri berkapasiti 1 kWh membenarkan jarak sehingga 100 km!

Namun begitu, ia bukanlah skuter untuk tunggangan yang pantas, anda perlu bersabar kerana kelajuan maksimum adalah sekitar 25 km/j sahaja.
 

Motocompo


Sebagai perbandingan, Motocompo yang asal memiliki enjin 49 cc, berat sekitar 45 kg, dan kelajuan tertinggi dikatakan sekitar 30 km/j.

Disebabkan saiz dimensi yang kecil (1,160 mm x 560 mm, 860 mm), M One boleh disimpan di dalam ruang kargo dengan mudah.

Ciri menarik yang ada pada M One ialah keupayaan Vehicle-to-Load (V2L), di mana ia menyediakan outlet kuasa 220V AC 50 Hz, membolehkan pemilik menggunakan M One ini sebagai genset mudah alih.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)


M One akan muncul secara rasmi di pasaran Jepun pada suku keempat tahun ini, dengan harga jualan bermula dari 380,000 yen (RM12,760).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Namun bagi sesetengah orang, saiz Motocompo mungkin terlalu kecil, jadi penyelesaian yang mudah…
Berita Global
Ya, pada tahun 1981, Honda telah memperkenalkan Motocompo, sebuah skuter enjin enjin dua lejang…