Honda Malaysia serah 2,200 unit WR-V 2023 dalam tempoh sebulan

oleh Mohamad Hanif|
Dalam tempoh sebulan selepas pelancaran rasmi yang dibuat pada Julai 2023, Honda Malaysia telah berjaya mengedarkan 2,200 unit SUV Honda WR-V 2023 untuk pasaran tempatan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Dalam masa yang sama, Honda Malaysia turut meraikan pelanggan pertama yang berjaya mendaftarkan SUV tersebut, iaitu Nurain binti Mohamad dalam satu majlis penyerahan rasmi di Accord Auto Sdn Bhd.
 

wrv


Sebagai tanda penghargaan, Nurain membawa pulang Honda WR-V berserta pakej Honda Accessories, Ultra Glass Body Coating dan Official Merchandise bernilai RM5,000.

Menurut Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura, varian RS merupakan penyumbang terbesar kepada jualan WR-V, merangkumi 60 peratus untuk jumlah jualan sehingga kini.
 

WRCV


"Kami juga turut berbangga untuk berkongsi fakta bahawa Honda WR-V merupakan model Honda kedua terlaris sepanjang bulan Julai 2023."

Honda WR-V merupakan SUV segmen A yang baharu sahaja dilancarkan, dengan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC yang mampu menghasilkan 121 PS dan 145 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT.
 

wrv


Antara ciri yang ada pada WR-V termasuklah unit lampu LED automatik, lampu membelok jenis sekuential, kemasan varian RS yang lebih sporti, jarak lega bumi setinggi 207 mm, kapasiti kargo sebesar 380 liter dan tempat duduk belakang boleh lipat dengan nisbah 60:40.

Biarpun bersaiz kecil, Honda WR-V sarat dengan bermacam kelengkapan keselamatan termasuklah Honda LaneWatch, Honda SENSING, serta sokongan kepada aplikasi telematik Honda CONNECT.

Honda WR-V 2023 dijual pada harga bermula dari RM89,900.

Baca: Honda WR-V 2023

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…
Pelancaran
Ditawarkan dalam empat varian utama, Honda CR-V 2024 boleh didapati dengan dua pilihan trenkuasa,…