HONDA MALAYSIA KEKAL SEBAGAI JENAMA BUKAN NASIONAL NO. 1 DI MALAYSIA BUAT 10 TAHUN BERTURUT-TURUT

oleh Firdaus Razani|
Tahun 2023 lalu menyaksikan Honda Malaysia telah mencapai sasaran jualan tahunannya dengan rekod jualan lebih daripada 80,000 unit kereta terjual.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk kategori jenama bukan nasional buat kali kesepuluh berturut-turut sejak 2014.

Pada 2023 juga, Honda Malaysia telah melancarkan sebanyak empat model baharu iaitu model WR-V, City, Civic Type R dan CR-V baharu.

Antara yang menjadi model terlaris dijual pada tahun lalu adalah Honda City dengan menyumbang 30 peratus kepada jualan keseluruhan syarikat, manakala HR-V sumbang 25 peratus dan City Hatchback sumbang 13 peratus.

 

honda

 

Selain itu, untuk model-model WR-V, HR-V, CR-V dan Civic muncul sebagai nombor satu dalam kategori segmen masing-masing untuk pasaran tempatan.

Pada Julai tahun lalu merupakan titik peningkatan jualan yang positif dengan sebahagian besarnya disumbangkan oleh pelancaran WR-V kerana SUV tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada pasaran.

 

honda

 

Lebih 7,800 unit WR-V dijual dalam tempoh enam bulan pertama sejak pelancaran di mana varian RS menyumbang 60 peratus daripada jumlah jualan ketika itu.

Manakala untuk model hibrid (e:HEV), ia dilihat meningkat lebih 4,100 unit berbanding pada tahun 2022 dengan jumlah jualan lebih 7,700 unit dijual pada 2023.

 

honda

 

Perkara itu membuktikan model hibrid diterima baik dalam pasaran tempatan dengan menunjukkan peningkatan sebanyak 87 peratus bagi jumlah jualan model e:HEV.

Pada 2023 sahaja, model e:HEV Honda telah menyumbang sebanyak 28 peratus unit kenderaan hybrid daripada keseluruhan jualan hibrid di Malaysia dan sumbangan penting kepada pertumbuhan xEV di negara ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…
Pelancaran
Ditawarkan dalam empat varian utama, Honda CR-V 2024 boleh didapati dengan dua pilihan trenkuasa,…