Honda mahu uji sistem suspensi hadapan Hossack pada kapcai, skuter

oleh Mohamad Hanif|
Sistem suspensi hadapan jenis Hossack dipetik namanya daripada Norman Hossack, insan yang mengasaskan geometri suspensi yang terdiri daripada dua wish-bone.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Suspensi Hossack ini telah pun digunakan pada model cruiser Honda Gold Wing dan nampaknya Honda akan menguji keberkesanan sistem suspensi tersebut pada model-model yang lebih kecil, seperti skuter dan kapcai.

Merujuk kepada gambar paten, sistem suspensi Hossack ini mempunyai prinsip yang sama seperti tetapan double-wishbone yang ada pada kereta berprestasi tinggi.

Namun, tidak seperti fork biasa yang turut bertindak sebagai sistem suspensi, sistem ini hanya memerlukan komponen fork solid untuk memegang roda hadapan.

Antara kelebihan sistem suspensi Hossack ini termasuklah penjimatan berat serta mengurangkan pemindahan daya nyahpecutan seperti mana kebiasaan sistem fork konvensional.

Malah, penggunaan sistem Hossack ini akan menyebabkan jarak antara roda kekal seimbang tidak kira apa jua keadaan jalan.

Ini kerana, apabila motosikal biasa membrek, ia akan mengakibatkan pergerakan daya menjunam (dive angle) dan menjadikan jarak antara roda lebih pendek berbanding tunggangan biasa.

Tambahan pula, sistem ini ternyata tidak banyak memindahkan daya nyahpecutan kepada sistem suspensi jika dibandingkan dengan fork konvensional.

Sumber: Visor Down

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sistem suspensi Disus-X itu dikatakan mampu mengawal pergerakan menegak, sisi, dan membujur yang…
Berita Global
Dikenali dengan nama SwissTeslaDriver, pemilik Model S tersebut berkongsi pengalaman ketika memandu…
Aksesori Motosikal
Terdiri daripada kit fork hadapan dan unit suspensi belakang serba baharu, penawaran terbaharu ini…