Sistem suspensi Tesla tak dapat bertahan 200 km/j?

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pemilik Tesla dari Switzerland menerusi forum TFF-Forum.de mendakwa kereta Tesla Model S 90D yang dimilikinya mengalami masalah suspensi yang serius ketika sedang memandu dalam kelajuan tinggi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dikenali dengan nama SwissTeslaDriver, pemilik Model S tersebut berkongsi pengalaman ketika memandu dari Stuttgard ke Zurich menggunakan Autoban pada kelajuan 200 km/j apabila beliau mendengar bunyi letupan kuat ketika membrek.

Ketika melihat menerusi cermin pandang belakang, beliau melihat kepulan asap tebal sebelum stereng kenderaannya terkunci. Mujur tiada sebarang kecederaan dialami.

Pada mulanya, beliau mengesyaki kebakaran, namun setelah pemeriksaan mendapati lengan suspensinya kepulan asap tersebut merupakan geseran tayar dengan pelindung plastik yang terdapat pada arca roda, dan untuk menjadikan isu ini lebih serius, beliau mendapati saluran brek terbocor dan memuntahkan bendalir brek.

 


Menurut SwissTeslaDriver lagi, Tesla dikatakan enggan membayar ganti rugi di bawah waranti, memandangkan ia telah pun tamat pada April lalu, dengan memberikan alasan 'normal wear and tear'.

Pemilik Tesla tersebut terpaksa membelanjakan CHF7,569.90 (RM34,237) untuk membaiki kerosakan sistem suspensi tersebut.

Bebenang dalam forum tersebut turut dimeriahkan dengan isu yang serupa yang dihadapi oleh sesetengah pemilik yang mendakwa ia tetap berlaku walaupun bukan ketika pemanduan berkelajuan tinggi.

Menurut seorang lagi pemilik yang mahu dikenali sebagai Markus, komponen lower suspension control arm sebelah kiri turut patah ketika membrek.

 


Kejadian tersebut tidak hanya melibatkan model-model lama, malah model terbaharu seperti Tesla Model X dan Model 3 tidak terkecuali daripada mengalami isu yang serupa.

Isu ini dilaporkan oleh pengguna Twitter @zachsang yang mendakwa sistem suspensi belakang Model 3 miliknya tercabut ketika sedang melakukan perjalanan dan beliau terkandas pada jarak 644 km dari rumahnya.

Namun, dalam kes Tesla Model 3 ini, isu tersebut disebabkan oleh bolt suspensi yang tidak diketatkan dengan sepatutnya. Isu kawalan kualiti yang melanda Tesla sejak kebelakangan ini.

Sumber: InsideEVs

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Bloomberg, kos untuk sebuah Model 3 varian permulaan kini bermula dari $38,990 (…
Berita Global
Contoh yang agak menarik untuk ditampilkan kali ini ialah sebuah Acura NSX generasi pertama (lampu…
Berita Domestik
Dengan beberapa isu yang dihadapi, Tesla dilihat melakukan beberapa langkah baharu tahun ini…