Honda e:Ny1, kereta elektrik versi HR-V diperkenal di Eropah!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda eNy1 2023
Honda eNy1 2023
Dibandingkan dengan pengeluar China, Honda dilihat ketinggalan dalam menawarkan barisan kenderaan elektrik (EV). 

Hakikat itu disedari Honda dan mereka sedang mengejar dari belakang.

Pada 2020 Honda menawarkan EV e di Jepun dan Eropah dan terbaru memperkenalkan EV kedua iaitu e:Ny1 untuk pasaran Eropah.

Macam pernah nampak? Iya, mirip HR-V dan walaupun begitu Honda memaklumkan e:Ny1 dibangunkan dari platform baharu e:N Architecture F.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024
Honda e:Ny1 2023

Casis baharu untuk kenderaan elektrik bateri (BEV) itu mempunyai ketegaran torsi yang lebih baik hasil penggunaan keluli tegangan tinggi pada 47 peratus badan e:Ny1 (mengikut berat).

e:Ny1 mempunyai kembar di China iaitu e:NS1 (Dongfeng Honda) dan e:NP1 (GAC Honda) yang diperkenalkan pada Oktober 2021 dan mula ditawarkan pada April dan Mei 2022.

Walaupun rekaan luar nampak mirip HR-V, Honda memberikan identiti tersendiri untuk e:Ny1 sebagai contoh logo H dibuat dalam warna putih.

 

Honda eNy1 2023

 

Tulisan Honda pada but juga dengan gaya berbeza dan dikhaskan untuk EV Honda. Selain itu, perbezaan paling ketara ialah pada gril, bampar depan dan belakang baharu.

Perubahan yang dibuat pada bahagian depan menonjolkan sisi garang dan rekaan keseluruhan menampakkan sebuah kereta yang moden.

Melihat ke bahagian dalam, Honda sekali lagi tidak menyalin terus HR-V dan menggunakan papan pemuka baharu.

 

Honda e:Ny1 2023

 

Terpampang di tengah skrin sentuh besar saiz 15.1 inci dan sekeping skrin instrumen untuk pemandu.

Pakej elektrik e:Ny1 terdiri daripada tiga komponen yang disatukan iaitu unit kuasa pemanduan, motor elektrik dan kotak gear.

Dari segi kuasa, EV ini menghasilkan 150 kW dengan tork 310Nm dan direka untuk memberikan pecutan dan nyahpecutan lancar dan selesa.

Honda eNy1 2023

Bateri litium-ion yang dibekalkan mampu menggerakkan e:Ny1 sehingga 412 kilometer (WLTP) dan boleh dicas dari 10 hingga 80 peratus dalam masa 45 minit (pengecas pantas DC).

Honda tidak memaklumkan ke mana lagi e:Ny1 akan dibawa dan jika ada yang berkenan mungkin boleh tunggu versi pemanduan kanan untuk United Kingdom.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Honda e:Ny1 2023

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia merupakan satu kelebihan yang besar buat EV dari segi prestasi, namun kelebihan itu sebenarnya…
Berita Global
Untuk pasaran Amerika, Honda menjanjikan penampilan HR-V yang jauh lebih sporti dan bakal…