Namun, anehnya Civic ini, ia kini tidak lagi memiliki enjin pada tempat yang sepatutnya, sebaliknya anda boleh melihat kelibat unit enjin tersebut pada errr.. ruang belakang pemandu!
Untuk memuatkan enjin V6 tersebut, sebuah sub-rangka belakang kustom telah dibangunkan dan dipasangkan kepada ruang khas yang telah ditambah insulasi dan karpet.
Enjin tersebut mengikut standard kilang berupaya menghasilkan 260 hp dan daya kilas 315 Nm, dan dipadankan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan.
Memandangkan ruang belakang telah dipenuhi dengan unit enjin, tangki bahan api telah pun dialihkan kepada ruang asal enjin, termasuklah bateri, kotak peralatan dan juga tayar simpanan.
Walaupun Civic MR (mid-engine, rear wheel drive) ini telah pun bertukar pemilik, keadaan Civic ini masih lagi kekal cantik dan menawan walaupun setelah beberapa tahun masa berlalu.
Jika anda berminat, laman web Bring A Trailer menyenaraikan harga bidaan yang kini mencecah $35,250 (RM146,834) dan tempoh bidaan akan tamat dalam masa enam hari lagi.