Kereta Honda Civic Singapura disenarai hitam, enggan beri kerjasama

oleh Penyumbang Rencana|
Polis menyenarai hitam sebuah kereta bernombor pendaftaran Singapura selepas enggan memberhentikan kenderaan ketika diminta berbuat demikian oleh anggota polis trafik.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata video yang tular di media sosial itu disahkan video lama yang dilaporkan berlaku pada 23 September tahun lalu.

Beliau berkata, video itu memaparkan seorang anggota polis trafik cuba memberhentikan kereta jenis Honda Civic bernombor pendaftaran SME 8063 K yang enggan berhenti selepas dikesan melakukan kesalahan trafik dengan memotong barisan.

"Kereta itu memotong barisan di laluan lori untuk masuk ke Singapura dari Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

"Sehingga kini, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan masih mengesan pemilik kenderaan itu dan ia (kenderaan) sudah disenarai hitam untuk tindakan selanjutnya.

"Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dalam membuat komen di media sosial yang boleh menimbulkan spekulasi dan andaian negatif," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam video berdurasi satu minit 17 saat itu memaparkan anggota polis trafik terbabit berusaha meminta pemandu kereta itu untuk menurunkan cermin pintu.

Namun, pemandunya enggan dan meneruskan perjalanan secara perlahan keranan keadaan trafik yang sesak.

 

- biadap sungguh!!! -

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Menyusahkan oranglah engkau ni. Sebab kau bodoh la kau kerja tol. Buka! Buka! Kalau pandai kau tak…
Berita Domestik
Beliau berkata, video tersebut memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic merempuh sebuah motosikal…
Berita Domestik
  Kejadian yang berlaku pada hari Ahad (semalam), pada pukul 7.25 pagi turut disahkan oleh Ibu…