Honda Civic 2022 masuk Indonesia - varian tunggal RS, harga dari RM165k

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala Honda Malaysia baharu mendedahkan teaser Honda City RS hatchback, pasaran negara jiran Indonesia pula menerima model sedan segmen C generasi baharu Honda Civic 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ditawarkan dalam versi tunggal RS, Honda Civic RS didatangkan dengan nadi 1.5 liter turbo yang mampu menghasilkan 178 PS dan 240 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT dan tiga mod pemanduan iaitu Normal, Econ dan Sport.
 

RS


Dari segi luaran, ia membawakan kemasan badan yang sporti, layangan warna hitam pada cermin sisi, pemegang pintu,  rim aloi black matte bersaiz 17 inci, unit lampu LED dengan lampu nyalaan siang, serta spoiler boot lid.

Sementara ruang kabin pula mendapat ciri seperti tempat duduk boleh laras berkuasa elektrik, sistem pencahayaan ambien merah, upholsteri kulit-suede, paddle shifter, sistem kemasukan tanpa kunci dan juga Honda Smart Key Card.
 

Civic


Unit infotainmen pula bersaiz sembilan inci Display Audio yang menyokong sambungan kepada Apple CarPlay, sementara skrin di depan pemandu pula bersaiz 10.2 inci.

Ciri keselamatan yang dimuatkan termasuklah enam beg udara, serta kelengkapan Honda Sensing yang merangkumi sistem brek mitigasi pelanggaran, bantuan pengekalan laluan, sistem mitigasi keluar jalan, kawalan jelajah adaptif, sistem notifikasi pergerakan kenderaan hadapan, Honda LaneWatch dan bantuan suluhan tinggi.
 

Civic


Honda Civic RS dijual pada harga 567 juta rupiah (RM165k) dan boleh didapati dalam warna Ignite Red Metallic, Meteoroid Grey Metallic, Crystal Black Pearl, dan Platinum White Pearl.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Menyusahkan oranglah engkau ni. Sebab kau bodoh la kau kerja tol. Buka! Buka! Kalau pandai kau tak…
Berita Domestik
Beliau berkata, video tersebut memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic merempuh sebuah motosikal…
Berita Domestik
Beliau berkata, video itu memaparkan seorang anggota polis trafik cuba memberhentikan kereta jenis…