Honda CBR150R mendarat di Filipina - mini Fireblade SP!

oleh Mohamad Hanif|
Secara jujur, penulis lebih meminati rekaan yang terdapat pada Honda CBR1000RR-R Fireblade SP, namun dengan harga yang mencecah RM200,000 roh 'baik beli' telah mula merasuki hati.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di negara jiran kita Filipina, Honda Philippines baharu sahaja melancarkan sebuah Fireblade versi mini iaitu Honda CBR150R dengan penampilan yang diinspirasikan daripada model superbike 1,000 cc itu.

 


Antara 'jajan' yang dimuatkan pada Fireblade mini ini termasuklah fork hadapan jenis terbaik berwarna emas, rupa paras yang sememangnya lebih sporti, lampu utama dan belakang LED yang direka semula, skrin paparan LCD digital penuh dengan indikasi gear, serta klac assist slipper yang memudahkan penukaran gear ketika tunggangan.

 


Untuk mendapatkan kuasa seperti Fireblade, teruskan bermimpi kerana Honda CBR150R ini masih lagi mengekalkan enjin 149 cc silinder tunggal DOHC yang menghasilkan 17.1 hp @ 9,000 rpm dan daya kilas 14.4 Nm @ 7,000 rpm dengan transmisi manual enam kelajuan.

 


CBR150R ini juga turut mendapat teknologi Honda terkini seperti sistem pancitan bahan api PGM-Fi, serta teknologi eSP.

Apa yang dikekalkan daripada model generasi terdahulu adalah ciri penderia sudut condong, di mana sistem akan mematikan operasi enjin sekiranya motosikal melebihi 60 darjah untuk melindungi kerosakan yang lebih ketara di dalam insiden kemalangan.

 


Honda CBR150R 2021 hanya ditawarkan dalam warna Tri-Color Honda yang lebih sporti, dan harga jualan pula bermula dari P159,900 (RM13,836).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Honda CBR150R 2023 dalam warna baharu itu akan tersedia di semua pengedar sah Honda bermula 22 Jun…
Berita Domestik
Seperti nama yang tertera, Honda CBR150R Edisi Repsol ini didatangkan dengan liveri Repsol ikonik…
Pelancaran Motosikal
Honda CBR150R merupakan model reraup penuh yang menampilkan karakter perlumbaan, serta menampilkan…