Honda CBR150R 2023 dengan warna baru Pearl Nightfall Blue, dari RM13,299

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda Sdn Bhd telah mengemaskini penawaran bagi sportbike aras mula Honda CBR150R untuk model tahun 2023 dengan warna baharu Pearl Nightfall Blue.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda CBR150R 2023 dalam warna baharu itu akan tersedia di semua pengedar sah Honda bermula 22 Jun 2023, dengan harga jualan bermula dari RM13,299 (atas jalan tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran).
 

CBR


Spesifikasi CBR150R masih lagi kekal, dengan menampilkan enjin silinder tunggal sejukan cecair 150 cc yang mampu menghasilkan 16 hp @ 9,000 rpm, serta daya kilas 13.7 Nm @ 7,000 rpm.

Ia didatangkan dengan transmisi enam nisbah kelajuan yang dibantu dengan klac assist/slipper.
 

CBR


Ciri lain termasuklah lampu LED penuh, sistem lampu utama berkembar yang agresif, brek cakera, paparan meter digital penuh, serta sistem brek ABS dua saluran.

Setiap model Honda dilindungi jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km yang mana terdahulu.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Seperti nama yang tertera, Honda CBR150R Edisi Repsol ini didatangkan dengan liveri Repsol ikonik…
Pelancaran Motosikal
Honda CBR150R merupakan model reraup penuh yang menampilkan karakter perlumbaan, serta menampilkan…
Berita Domestik
Ini kerana berdasarkan hantaran di laman Facebook, Honda Motorcycle Malaysia memberikan bayangan…