Honda CBR150R 2021 rasmi dilancarkan - bermula dari RM12,499

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda hari ini secara rasmi melancarkan model Honda CBR150R dalam usaha untuk merancakkan lagi pasaran motosikal tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda CBR150R merupakan model reraup penuh yang menampilkan karakter perlumbaan, serta menampilkan ciri-ciri termaju di dalam segmennya.
 

CBR


Dari segi kuasa, ia didatangkan dengan enjin 150 cc yang mampu menghasilkan 16 kuasa kuda @ 9,000 rpm serta daya kilas 13.7 Nm @ 7,000 rpm.

Ia dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan, serta ciri klac Assist/Slipper yang mampu meningkatkan keseronokan tunggangan serta pengedaran kuasa yang lancar.
 

CBR


Antara ciri menarik yang dimuatkan termasuklah sistem lampu LED penuh yang agresif membawakan DNA CBR250RR, suspensi hadapan jenis upside-down, paparan digital, sistem Emergency Stop Signal (ESS), serta posisi tunggangan yang lebih sporti.

Boleh didapati dalam dua warna, iaitu Mat Charcoal Gray Metallic dan Candy Scintillate Red, harga jualan CBR150R 2021 bermula dari RM12,499.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Honda CBR150R 2023 dalam warna baharu itu akan tersedia di semua pengedar sah Honda bermula 22 Jun…
Berita Domestik
Seperti nama yang tertera, Honda CBR150R Edisi Repsol ini didatangkan dengan liveri Repsol ikonik…
Berita Domestik
Ini kerana berdasarkan hantaran di laman Facebook, Honda Motorcycle Malaysia memberikan bayangan…