Honda CBR1000RR-R Fireblade edisi ulang tahun ke-30, 213 hp, dari RM209k

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda hari ini secara rasmi melancarkan model supersports terulung, iaitu Honda CBR1000RR-R Fireblade 30th Anniversary Edition untuk pasaran tempatan.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Hadir dalam satu pilihan warna Pearl Glare White, CBR1000RR-R ini turut menampilkan logo baharu HRC, rim berwana emas, serta skema Tricolour yang ikonik.

Fireblade 30th Anniversary Edition ini turut mendapat sproket belakang 43 gigi (berbanding 40 pada model terdahulu) untuk pecutan julat pertengahan yang lebih baik, kotak udara dan saluran kemasukan yang telah dibentuk semula untuk aliran udara yang lebih lancar, diikuti beban spring Throttle-by-wire (TBW) yang telah dikurangkan untuk meningkatkan tahap respons pendikit.
 

cbr


Ciri elektronik pula termasuklah unit pengukuran inersia (IMU) enam paksi, Engine Brake, Wheelie Control, Start Mode, ciri Honda Selectable Torque Control (HSTC) yang telah diperhalusi untuk kegunaan penunggang, serta fungsi penukaran gear pantas (quickshift) secara standard.

Honda CBR1000RR-R Fireblade masih lagi mengekalkan nadi empat silinder sebaris 1,000 cc dengan hamburan kuasa 213 hp @ 14,500 rpm dan daya kilas 113 Nm @ 12,500 rpm.
 

CBR


Aspek tunggangan dibantu dengan sistem gantungan Ohlins Smart Electronic Control, Honda Electronik Steering Damper (HESD) tiga tahap, serta sistem brek Brembo depan dan belakang.

Penunggang boleh membaca data-data penting menerusi skrin paparan TFT bersaiz 5 inci berwarna penuh yang boleh dikawal menerusi butang pada bar hendal sebelah kiri.
 

CBR


Khas untuk model ulang tahun ke-30 ini ialah paparan grafik permulaan Ring of Fire pada skrin TFT itu tadi, diikuti logo ulang tahun pada pelindung tangki, fob kunci, dan juga ukiran laser pada peredam Akrapovic.

Harga jualan Honda CBR1000RR-R Fireblade 30th Anniversary Edition bermula dari RM208,800 (OTR tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran) dan boleh didapati di semua cawangan Honda BigWing.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit kuasa Honda CBR1000RR-R FIREBLADE SP   Enjin dengan ukuran gerek 81 milimeter (mm) dan…
Berita Global
Rekaan CBR150R sememangnya merujuk kepada abang besarnya Honda CBR1000RR Fireblade yang penuh…
Berita Domestik
Dibangunkan oleh Honda Racing Corporation untuk bertanding di dalam World Superbike Championship,…