Honda CBR150R 2022 - dapat fork depan Showa USD, harga dari RM11k di Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Tidak pun lama selepas Yamaha melancarkan model YZF-R15, Honda Thailand juga tidak ketinggalan membawakan kemaskini terhadap pesaing R15, iaitu Honda CBR150R untuk model tahun 2022, hujung bulan lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rekaan CBR150R sememangnya merujuk kepada abang besarnya Honda CBR1000RR Fireblade yang penuh dengan karakter jentera lumba, dan tidak ketinggalan unit lampu utama LED berkembar yang dibantu dengan lampu DRL yang garang.

Mengingatkan penulis pada salah satu model robot tempur dalam cerita Gundam.
 

CBR150R


Ia juga turut hadir dengan rekaan reraup berliang yang dikatakan mampu membantu aliran udara dengan lebih berkesan.

Antara perubahan yang dibuat termasuklah mendatangkan sistem suspensi hadapan jenis terbalik SFF-BP daripada Showa untuk meningkatkan pengendalian, dibantu dengan ciri klac slipper baharu untuk melancarkan penukaran gear.
 

CBR


Sistem brek pula terdiri daripada angkup Nissin dengan rotor brek depan dan belakang, dibantu dengan sistem ABS yang didatangkan sebagai opsyen.

Selain itu, CBR150R 2022 ini turut mendapat ciri lampu brek kecemasan ESS.
 

CBR150R


Dari segi kuasa, Honda CBR150R 2022 masih lagi didatangkan dengan enjin silinder tunggal sejukan cecair DOHC bersesaran 149 cc yang mampu menghasilkan 18 kuasa kuda dan 14.4 Nm daya kilas.

Untuk versi non-ABS, terdapat dua warna yang ditawarkan iaitu merah, serta pilihan warna hitam dengan aksen kuning Hi-Viz atau aksen merah dengan harga jualan bermula dari 92,900 baht (RM11,475), sementara model ABS dengan warna Tri-color HRC pula bermula dari 99,900 baht (RM12,339).