Honda CB500X, CBR500R 2022 dapat naiktaraf fork Showa USD, ciri baharu, harga dari RM34,499

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda baharu sahaja mengumumkan kehadiran model CB500X dan CBR500R 2022 yang kini menampilkan penambahbaikan terhadap spesifikasi bagi pengalaman tunggangan yang lebih baik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara perubahan yang dibawakan termasuklah suspensi hadapan yang kini menggunakan fork hadapan Showa bersaiz 41 mm Separate Function-Big Piston (SSF-BP) jenis terbalik, sistem brek berkembar di hadapan dengan angkup Nissin jenis axial-mount/radial-mount dan dua rotor brek 296 mm, serta lengan ayun baharu yang lebih ringan.
 

B


Selain daripada itu, unit roda aluminium 19 inci hadapan juga mendapat rekaan baharu yang lebih ringan diikuti dengan penggunaan unit radiator yang lebih ringan, serta tetapan sistem pemancit bahan api untuk menambahbaik karakter dan respons enjin.

Dari segi penampilan, kedua-dua CB500X dan CBR500R kini mendapat unit lampu utama LED yang lebih berkuasa, serta layangan warna dan grafik yang lebih menonjol.
 

H


Unit janaan kuasa masih lagi dikekalkan, di mana enjin 471 cc parallel-twin sejukan cecair itu mampu menjana kuasa setinggi 49.6 hp @ 8,500 rpm dan daya kilas 45 Nm @ 6,500 rpm, dipadankan dengan transmisi enam kelajuan serta klac assist/slipper.

Harga jualan bermula dari RM34,499 untuk Honda CBR500R 2022, manakala Honda CB500X 2022 bermula dari RM36,099.
 

Honda CBR500R 2022

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah seluruh negara bermula esok, 22…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Charcoal Grey Metallic/Gold, Candy Scintillate Red, Force…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Gunpowder Black Metallic, Candy Diesel Red dan juga Pearl…