Honda buka tempahan untuk City 2020 - varian RS dengan daya kilas 253 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa kali menyiarkan teaser, Honda Malaysia akhirnya secara rasmi membuka tempahan bagi model sedan segmen B, Honda City 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti pasaran Thailand yang menerima enjin 1.0 liter turbo tiga silinder sebaris itu, Honda City spesifikasi Malaysia bakal menerima enjin 1.5 liter aspirasi natural dengan bantuan sistem i-MMD (intelligent Multi-Mode Drive), di mana ia bakal dimuatkan pada varian RS.

Ia juga menandakan pasaran Malaysia merupakan pasaran pertama di peringkat global yang bakal menerima trenkuasa hibrid baharu mendahului pasaran-pasaran lain.

 


Versi paling asas pula akan didatangkan dengan nadi NA 1.5 liter DOHC yang menghasilkan 121 PS dan 145 Nm, digandingkan dengan transmisi CVT.

Berdasarkan video ringkas yang dimuatnaik, enjin 1.5 liter hibrid baharu itu bakal memiliki angka output yang terbaik di dalam kelasnya, iaitu daya kilas sebesar 253 Nm, malah lebih tinggi berbanding Toyota Camry 2.5 liter!

 


Selain daripada itu, antara ciri menarik yang terdapat pada City baharu ini adalah lampu utama LED depan dan belakang, serta lampu nyalaan siang DRL LED.

Varian RS difahamkan merupakan varian tertinggi yang diserlahkan menerusi penampilan warna dua tona, rim aluminium 16 inci, sistem keselamatan termaju Honda LaneWatch, serta ciri brek parkir elektronik.

 


Di bawah program pra-tempahan khas, Honda Malaysia menawarkan baucer servis bernilai RM1,000 untuk Honda City serba baharu, manakala pelanggan yang berminat boleh melihat dengan lebih dekat City baharu ini menerusi jelajah di seluruh negara bermula 24 Ogos ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pemandu lori berusia 52 tahun itu kemudian turun daripada kenderaan tersebut dan menuju ke kaunter…
Berita Domestik
  Mahkamah memerintahkan lelaki itu dipenjara bermula tarikh tangkap, Khamis lalu. Mengikut…
Berita Domestik
Sumber yang dihubungi oleh Careta pula menerangkan bahawa tawaran itu ialah khusus untuk model City…