Honda Malaysia lancar pakej RM8,000 untuk kakitangan kerajaan dan GLC

oleh HEZERI SAMSURI|
Honda Malaysia nampaknya mempunyai tawaran khusus untuk pekerja kerajaan dan agensi-agensi serta syarikat berkaitan kerajaan untuk pembeli model City mereka.

Menurut poster yang disebarkan, tawaran itu ialah potongan sebanyak RM8,000 untuk unit terhad hingga 30 November tahun ini.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Sumber yang dihubungi oleh Careta pula menerangkan bahawa tawaran itu ialah khusus untuk model City sahaja, dari varian E dan V.

Ia juga terbuka kepada semua penjawat awam dari mana-mana gred dan mereka yang bekerja dengan agensi-agensi kerajaan serta GLC (Government Linked Companies).

Malah, ia juga boleh digunakan untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga (isteri atau anak) yang bekerja sebagai penjawat awam atau agensi kerajaan dan GLC.

Mungkin ini ialah tanda penghargaan Honda Malaysia kepada penjawat awam tetapi apa pun, promosi ini cukup menarik!

Di bawah ialah video Careta untuk Honda City varian terkini:


 

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Buat pertama kalinya, Honda Malaysia turut memperkenalkan varian CR-V e:HEV RS membawakan…
Telah Diuji
Penawaran HR-V juga agak unik di sini, di mana ia merupakan satu-satunya model SUV yang ditawarkan…
Pelancaran
Difahamkan, hanya 19 unit sahaja Honda Civic Type R yang akan dibawa untuk tahun ini, dan pelanggan…