HLYM kemaskini warna baharu YZF-R25 & MT-25, dari RM22,998

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Hong Leong Yamaha Motor hari ini mengumumkan penawaran warna baharu untuk dua model bersesaran 250 cc, iaitu YZF-R25 dan MT-25 untuk tahun 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk model YZF-R25, ia kini didatangkan dengan pilihan warna Orange Lynx dan Racing Blue, serta naiktaraf spesifikasi brek anti-kunci ABS dan lampu membelok LED.
 

MT25


Sementara model MT-25 2022 pula boleh didapati dalam warna Cyan Storm dan Icon Blue.

HLYM turut mengumumkan harga jualan bagi kedua-dua model ini bermula dari RM22,998, berbanding harga terdahulu di mana R25 dijual pada harga RM19,998 dan RM 21,500 untuk model MT-25.
 

R25


Dari segi kuasa, kedua-dua jentera ini dikuasakan oleh enjin dua silinder bersesaran 249 cc DOHC yang mampu menjana kuasa setinggi 35.4 hp @ 12,000 rpm dan daya kilas 22.6 Nm @ 10,000 rpm.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bermula hari ini, para pelanggan boleh mula mendapatkan dua warna baharu untuk versi standard iaitu…
Berita Domestik
Inisiatif tahun ini dikenali sebagai "Fiesta Ride Smart, Ride Selamat" dengan objektif untuk…
Pelancaran Motosikal
Hadir sebagai model generasi terbaharu, Tenere 700 untuk pasaran Malaysia juga didatangkan dengan…