Hilux Rugged, Rugged X dan Rogue - Jawapan Toyota kepada Ford Ranger Raptor

oleh Mohamad Hanif|
Bagi terus kekal bersaing bersama-sama Ford Ranger Raptor, VW Amarok dan Mercedes-Benz X Class, Toyota Australia kini mendedahkan senarai harga jualan rasmi bagi model trio Hilux, iaitu Hilux Rugged, Hilux Rugged X dan Hilux Rogue.

Pihak Toyota Australia telah menambahbaik penawaran pakej Hilux dari segi penggayaan dan keupayaan melakukan kerja yang setanding malah lebih baik daripada pesaing di dalam kelasnya. 

 

Malah, mereka turut menggunakan pembekal tempatan bagi memuatkan barangan tambahan ke varian Hilux yang terbaharu itu. 

 

Toyota Hilux Rugged X


Hilux Rugged X menggunakan bumper hadapan yang direka menggunakan besi tegangan tinggi dan turut mempunyai sebaris lampu jenis LED di hadapan. 

Di bahagian bawah, terdapat pemasangan kepingan aloi bertegangan tinggi setebal 5 mm, memberikan Hilux Rugged X ini kemampuan menunda beban seberat 8,000 kg ketika off-road.

Hilux Rugged X menggunakan rim aloi sebesar 17 inci dengan arca roda yang telah dibentuk semula. 

Dibahagian belakang, terdapat sports bar yang mampu menampung beban menegak seberat 75 kg atau 200 kg bahan yang diikuat di dalam tray. 

Bar belakang tahan lasak juga dipasang sekali dengan bar penunda yang mampu menunda beban seberat 3,500 kg. 

 

Hilux Rugged


Masih mengekalkan ciri-ciri yang sama seperti Rugged X seperti bar belakang tahan lasak, sports bar dan sebagainya, versi Rugged dibezakan dengan penggunaan bullbar tradisional di bahagian hadapan. 

 

Hilux Rogue


Penampilan varian Rogue pula sedikit berbeza kena Toyota mensasarkan pembelinya terdiri daripada pengguna yang mahukan kenderaan trak pikap untuk kegunaan harian. 

Oleh kerana itu Rogue merupakan hasil kejuruteraan Thailand yang pakar di dalam penghasilan trak sebegini. 

Rekaan Rogue dipengaruhi dengan unsur Amerika dengan penggunaan gril hadapan berbentuk trapezoid. 

Di bahagian tray belakang, Rogue menawarkan penutup jenis hard lid dengan ciri strut gas menampakkan lagi ciri kenderaan harian yang dibawakan oleh Rogue. 

 

Disebalik penawaran tiga varian yang berbeza, trio Hilux masih mengekalkan enjin turbo-diesel 2.8 liter yang menghasilkan 174 kuasa kuda dan 450 Nm kuasa tork. 

Bagi varian Rugged, harga jualan bermula dari AUD $54,990 (RM163,231)* manakala versi automatik bermula dari AUD $56,900 (RM168,900). 

Rogue didatangkan dalam versi automatik sahaja dan dijual pada harga AUD $ 61,690 (RM183,119)* manakala versi Rugged X dijual pada harga AUD $61,690 (RM183,119) bagi versi manual dan AUD $63,690 (RM189,056) bagi versi automatik.

Sebagai perbandingan, Ford Ranger Raptor dijual pada harga AUD $74,990 (RM222,316)*, HSV Colorado Sportcat+ dijual pada harga AUD $ 68,990 (RM204,528)*, VW Amarok V6 dijual pada AUD $68,490 (RM203,046)* manakala Mercedes-Benz X-Class pula dijual pada harga AUD $64,500 (RM191,217)*

Sumber: Motoring AU

*mengikut kadar pertukaran wang semasa

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk menjadikan Fortuner lebih malar segar, beberapa perubahan telah dibuat bermula dari sepasang…
Berita Global
Seperti yang dilaporkan, Toyota Hilux kini menerima nadi enjin serba baharu, iaitu enjin diesel 2.8…
Berita Domestik
Kang Ming Han, 32, yang didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis…